fbpx

Tips Meningkatkan Jualan Bagi Perniaga Kecil

Hari demi hari Flexisprint sentiasa mendapat pelanggan baru yang terdiri daripada perniaga kecil. Bagus rakyat Malaysia memang sangat kreatif apabila berniaga. Ada pelbagai produk yang kami lihat dicetak di Flexisprint. Oleh itu, saya nak kongsikan tips-tips yang boleh peniaga kecil gunakan untuk meningkatkan jualan.

Tips Meningkatkan Jualan (1) : Letakkan Diri Sendiri Sebagai Pelanggan

Tips Meningkatkan Jualan

Apabila kita berbelanja di suatu tempat, matlamat kita semua sama. Kita nak barang yang kita bayar berbaloi dengan harga. Servis layanan pelanggan yang baik dan juga suasana pembelian barang yang selesa lagi teratur.

Contoh kedai makan KFC, kita masuk ada yang bukakan pintu, menyahut “Selamat Datang”. Anda terus lihat kawasan yang bersih, susunan teratur dari kaunter order, ambil straw dan laluan ke bilik air.

Tips Meningkatkan Jualan (2) : Perbaiki Servis Dengan Mendengar Tindak Balas Kepuasan Pelanggan

Tips Meningkatkan Jualan

Ramai yang cakap “customer is always right”. Terma ini memang masih boleh digunakan selagi aduan itu adalah aduan yang membina perniagaan kita. Sekiranya kecaman itu kita ambil dan tukar menjadi pemangkin meningkatkan mutu servis kita.

Sekiranya pelanggan mengatakan kualiti bungkuskan tidak elok yang mengakibatkan makanan tertumpah, maka anda sebagai peniaga perlu cari solusi yang lebih baik agar pelanggan dapat merasa produk anda dengan lebih nikmat.

Maklum balas tu, anda boleh buat google form dan berikan pelanggan anda melalui link untuk diisi. Boleh juga lihat rating di google my business. Selain itu, boleh menggunakan media sosial seperti intagram story untuk bertanya tentang servis anda bagi mendapatkan maklum balas.

Tips Meningkatkan Jualan (3) : Promosi Awal Daripada Tarikh Production

Tips Meningkatkan Jualan

Mesti sudah biasa dengan terma “pre-order” kan? Ini adalah langkah bijak usahawan bagi menigkatkan jualan dan mengurangkan kos. Bila kita ambil pre order ni, kita dapat lihat beberapa faktor seperti

  1. Tindak balas pasaran terhadap produk itu
  2. Penjimatan kos terbuang apabila produk melebih jualan ( produk tak laku )
  3. Perancangan jangka panjang untuk stock

Peniaga boleh buat kempen atau teaser produk baru. Buat poster print flyers, masukkan kedalam barang order pelanggan dan ambil order dahulu. Berikan hint kepada pelanggan anda mengenai produk yag akan datang.

Namun begitu, perlu berjaga-jaga. Jangan nanti mengambil order awal sehingga production tidak mampu menyiapkan tempahan mengikut masa yang dijanjikan.

Tips Meningkatkan Jualan (4) : Bagi Privilege Kepada Pelanggan Setia

Perasan atau tidak, bank-bank melayan pelanggan mereka berbeza-beza mengikut jenis kad dan akaun pelanggan itu. Selain itu, peniaga boleh berikan promosi yang berbeza kepada pelanggan setia. Lakukan campaign seperti jadi members @ ahli kepada new clients. Bagi kupon kepada pelanggan agar mereka tetap membeli untuk kumpul kupon dan tebus hadiah menarik.

Di FLEXISPRINT kami sentiasa menawarkan cetakan terbaik dengan harga berpatutan untuk para peniaga kecil mempromosikan perniagaan anda di semua tempat.

Antara Barang Yang Boleh Dicetak Apabila Anda Menggunakan Tips Diatas

Boleh klik button di bawah untuk terus lihat harga dan details produk.

Semoga artikel ini dapat membantu menyelesaikan masalah anda.
Terima kasih kerana sudah meluangkan masa untuk membaca artikel ini.

Jadi, dimana hendak saya bertanyakan soalan lebih lanjut? Atau berhubung dengan FLEXISPRINT?

Anda boleh klik buton di bawah untuk berhubung dengan Team Sales FLEXISPRINT ⇓

Tempahan boleh di pos dan warga sekitar Shah Alam juga boleh self pickup di Flexisprint Seksyen 2 dan Seksyen 13 Shah Alam. Anda boleh semak harga di button ini.

Waktu operasi (PKPB) masih sama seperti hari biasa iaitu 9.30 pagi hingga 6.30 petang jika mahu walk-in. Kami juga komited dalam usaha sama-sama mengekang wabak pandemik Covid-19, jadi kedai Online kami juga beroperasi 24 jam di Flexisprint.my.

Kalau nak walk-in, alamatnya disini:
  • No 14, Jalan Bunga Tanjung 2/16, Seksyen 2, Shah Alam, Selangor
  • No 12, Jalan Balapan 13/32, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor

Singgah, layari dan Follow kami di akaun-akaun ini! Promosi-promosi sticker kami tidak kurang hebat sambutannya disini:

🌸Facebook @Flexisprint

🌸Instagram @flexisprint

Kongsi Pandangan & Pendapat Anda

Recent Posts

Blog Category

Shopping cart0
There are no products in the cart!
Continue shopping
0