fbpx

Sticker Kereta Iklan Bergerak Perniagaan Anda Masa Kini

Sticker kereta iklan bergerak perniagaan yang perlu anda buat di saat dunia serba mahal ini. Saya bukan ejen iklan tapi kami boleh cetakkan sticker untuk kereta syarikat anda.

Tahukah anda syarikat-syarikat diseluruh negara berbelanja berbilion ringgit untuk mengiklankan jenama perniagaan mereka, contohnya seperti “Billboard” ~ yang kos anggaran bermula RM25,000/sebulan dan jika mahu masuk TV, di waktu puncak ~ RM3,000/saat atau Radio, di waktu puncak ~ RM100/saat. Belum cerita lagi tentang iklan di facebook dan instagram. Namun begitu tahukah anda ada cara yang efficient dan kos berpatutan iaitu tampal sticker kereta di kenderaan anda, syarikat, kakitangan dan pelanggan.

Tanpa sedar logo jenama perniagaan anda bergerak merata-rata tanpa sebarang cost tambahan selain minyak kereta.

Jenis Sticker Kereta yang Anda Perlu Tahu

Di FLEXISPRINT, kami menawarkan servis percetakan dan pemasangan untuk sticker pengiklanan di kereta sekiranya anda atau syarikat anda mahu mengiklankan perniagaan dan jenama anda di kereta ataupun lori, van syarikat.

Terdapat dua jenis material yang kami sediakan. Decal car sticker (material seperti sticker roadtax), yang ini selalu ditempah oleh bengkel kereta, kelab kereta dan ejen insurans. Decal car  sticker ini perlulah ditampal di cermin kereta dari dalam kereta anda. Manakala satu lagi material adalah white sticker dengan lamination gloss atau matte. Sticker ini ditampal di luar badan kenderaan anda.

Saiz Sticker Kereta yang Sesuai

Iklan pada sticker kereta ini perlulah bersesuaian dengan material sticker anda pilih. Sebelum itu tentukan lokasi pemasangan sticker tersebut. Jika anda mahu tempah decal car sticker di kereta cadangan saiz adalah 4×4 inch atau 5 x 5 inch . Tapi sekiranya anda mahu tampal di cermin lori pastikan saiznya besar sekali ganda seperti 8 x 8 inch.

Selain tampal di cermin bahagian dalam, anda juga boleh tampal di luar cermin bahagian belakang kereta atau di bahagian depan cermin side atas. Mohon ukur terlebih dahulu cermin kereta itu agar dapat tempah size yang bersesuaian.

Bagi yang ingin mempromosikan perniagaannya sendiri dengan menampal sticker pengiklanan di kereta pemilik atau syarikat, kami sedia membantu untuk khidmat mencetak dan pemasangan.

Sediakan design yang ingin ditampal pada kenderaan. Dapatkan khidmat nasihat dari team kami untuk meterial dan ukuran yang sesuai. Seeloknya anda membuat temu janji awal dengan team FLEXISPRINT dan membawa kenderaan ke kedai kami agar team boleh mengukur untuk anda.

Semoga artikel ini dapat membantu menyelesaikan masalah anda.
Terima kasih kerana sudah meluangkan masa untuk membaca artikel ini.

Jadi, dimana hendak saya bertanyakan soalan lebih lanjut? Atau berhubung dengan FLEXISPRINT?

Anda boleh klik buton di bawah untuk berhubung dengan Team Sales FLEXISPRINT ⇓

Tempahan boleh di pos dan warga sekitar Shah Alam juga boleh self pickup di Flexisprint Seksyen 2 dan Seksyen 13 Shah Alam. Anda boleh semak harga di button ini.

Waktu operasi (PKPB) masih sama seperti hari biasa iaitu 9.30 pagi hingga 6.30 petang jika mahu walk-in. Kami juga komited dalam usaha sama-sama mengekang wabak pandemik Covid-19, jadi kedai Online kami juga beroperasi 24 jam di Flexisprint.my.

Kalau nak walk-in, alamatnya disini:
  • No 14, Jalan Bunga Tanjung 2/16, Seksyen 2, Shah Alam, Selangor
  • No 12, Jalan Balapan 13/32, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor

Singgah, layari dan Follow kami di akaun-akaun ini! Promosi-promosi sticker kami tidak kurang hebat sambutannya disini:

🌸Facebook @Flexisprint

🌸Instagram @flexisprint

Kongsi Pandangan & Pendapat Anda

Recent Posts

Blog Category

Shopping cart0
There are no products in the cart!
Continue shopping
0