fbpx

Kedai Jual Sampul Duit Raya

Sedar tak sedar, kini kita sudah berada di penghujung tahun 2023. Secara tidak langsung juga, Aidilfitri 2024 bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Jadi, Min nak tanya… Anda semua sudah menempah sampul duit raya 2024 ke belum? Ataupun, adakah anda masih tercari-cari kedai jual sampul duit raya terbaik untuk dikunjungi?

Haaa, anda semua jangan risau kerana FLEXISPRINT adalah jawapan kepada segala kerunsingan tersebut.

FLEXISPRINT merupakan sebuah kedai percetakan yang turut jual sampul duit raya dalam pelbagai jenis corak, saiz dan bentuk. Kami bukan sahaja menyediakan sampul duit raya sedia ada, malahan kami juga menyediakan servis custom design khusus buat mereka yang inginkan kelainan pada sampul duit raya.

Anda nak tahu info lanjut tentang FLEXISPRINT, kedai jual sampul duit raya terbaik ini? Jom teruskan membaca perkongsian Min pada kali ini sehingga habis ya…

 

Kedai Percetakan FLEXISPRINT Khas Buat Para Usahawan

 

Kedai Jual Sampul Duit Raya

Untuk pengetahuan anda, FLEXISPRINT merupakan sebuah kilang dan kedai percetakan yang jual sampul duit raya paling lama di Malaysia. Menjelang tahun 2024 ini pula, kami telah beroperasi selama hampir 19 tahun. Alhamdulillah…

Kebanyakan para pelanggan FLEXISPRINT juga terdiri daripada para usahawan yang ingin melakukan branding dan marketing melalui perniagaan mereka.

Kalau anda nak tahu, sampul duit raya yang kedai percetakan FLEXISPRINT jual ini amat sesuai digunakan oleh para usahawan baru sebagai bahan utama perkenalan branding. Caranya mudah sahaja, iaitu dengan meletakkan logo pada sampul duit raya tersebut. Menarik kan?

 

Kedai Jual Sampul Duit Raya

Tambahan pula, jenama seperti Shaklee, Qaysaa, Ajwa Bakery dan Fareha juga merupakan antara existing customer FLEXISPRINT tau! Rata-rata usahawan ini gemar membuat tempahan bersama FLEXISPRINT, kerana mereka boleh custom design sampul duit raya seperti yang diinginkan.

Seperti contoh di atas, nampak cantik kan bila adanya logo syarikat sendiri pada sampul duit raya tersebut? Bayangkan logo perniagaan anda juga diletakkan pada sampul duit raya tersebut. Fuh, memang ngam!

 

Servis Cetak Sampul Duit Raya FLEXISPRINT

FLEXISPRINT ini dikenali sebagai kedai jual sampul duit raya kerana kami ada menyediakan pelbagai jenis servis percetakan sampul duit raya khas buat anda semua.

Antara yang paling digemari ialah sampul duit raya custom made, di mana pelanggan bebas memilih jenis, bentuk, saiz, dan design sampul duit raya yang diinginkan.

 

Kedai Jual Sampul Duit Raya

Jadi, mari sama-sama kita kenali jenis, saiz, bentuk, dan design sampul duit raya yang disediakan di FLEXISPRINT.

 

    • Jenis Sampul Duit Raya

Sampul duit raya di FLEXISPRINT terdiri daripada standard, premium texture, dan juga custom made.

Bagi mereka yang inginkan sampul duit raya jenis biasa, anda bolehlah menempah jenis standard.

Bagi mereka yang inginkan ‘kemasan emas’ dan rupa sampul duit raya yang lebih eksklusif, anda boleh menempah sampul duit raya jenis premium.

Manakala buat mereka yang menginginkan kelainan pada sampul duit raya pula boleh memilih servis custom made mengikut cita rasa sendiri. Apa yang pasti, anda hanya perlu beritahu kepada team kami ya!

 

    • Saiz dan Bentuk Sampul Duit Raya

Saiz sampul duit raya di FLEXISPRINT terdiri daripada pelbagai saiz. Anda boleh memilih dan menyatakan saiz yang dimahukan terlebih dahulu kepada team kami, sebelum bersetuju untuk membuat tempahan.

Istimewanya sampul duit raya FLEXISPRINT ini ialah, ia dihasilkan dalam saiz yang lebih besar berbanding sampul duit raya di kedai-kedai lain. Jadi, mudahlah untuk para usahawan semua meletakkan sejumlah wang yang besar di dalamnya nanti, hihi

Dari segi bentuknya pula, FLEXISPRINT turut menyediakan sampul duit raya dalam bentuk menegak, melintang, dan juga custom made mengikut cita rasa sendiri, di mana anda boleh mendapatkan sampul duit raya mengikut saiz dan juga bentuk seperti yang dimahukan.

 

    • Design Sampul Duit Raya

FLEXISPRINT menyediakan design sampul duit raya dengan dua pilihan iaitu ready made dan custom made.

Design ready made kami terdiri daripada lebih 300 design yang sememangnya akan membuat pelanggan rambang mata untuk memilih. Anda boleh lihat katalog penuh di sini.

Design custom made pula lebih khusus buat mereka yang inginkan kelainan pada sampul duit raya, di mana para pelanggan boleh design sendiri sampul duit raya tersebut mengikut idea dan cita rasa masing-masing.

 

 

Lokasi FLEXISPRINT, Kedai Jual Sampul Duit Raya Terbaik

Di FLEXISPRINT, Tuan Puan tidak perlu risau kerana kami beroperasi melalui dua cara iaitu;

 

    1. Tuan Puan boleh menempah secara dalam talian melalui website FLEXISPRINT untuk servis yang lebih pantas dan mudah. Atau;
    2. Tuan Puan boleh terus walk-in ke FLEXISPRINT yang terletak di Shah Alam Seksyen 2 dan Seksyen 13.

 

FLEXISPRINT SEKSYEN 13

12, Jalan Balapan 13/32, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor.

Tel: +603-7802 9099

E-mel: [email protected]

Web: flexisprint.my

Anda boleh menggunakan aplikasi Waze untuk ke Flexisprint Seksyen 13: https://waze.com/ul/hw281wf0e5.

 

FLEXISPRINT SEKSYEN 2

14, Jalan Bunga Tanjung 2/16, Seksyen 2, 40000 Shah Alam, Selangor.

Tel : +603-7802 9099

E-mel: [email protected]

Web: flexisprint.my

Anda boleh menggunakan aplikasi Waze untuk ke Flexisprint Seksyen 2: https://waze.com/ul/hw281mzh31.

 

Jom Tempah Bersama FLEXISPRINT, Kedai Jual Sampul Duit Raya Terbaik!

Aidilfitri 2024 semakin hampir, jadi jom dapatkan servis cetakan sampul duit raya bersama kedai percetakan FLEXISPRINT dengan kadar segera!

Kami di FLEXISPRINT, akan sentiasa memastikan keutamaan kepuasan anda semua. Jadi, tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk menempah bersama FLEXISPRINT, kedai jual sampul duit raya terbaik anda.

Untuk menempah atau mendapatkan info lanjut tentang sampul duit raya, Tuan Puan boleh klik di sini untuk berhubung dengan Sales Team FLEXISPRINT secara terus.

Untuk mendapatkan design-design terkini cetakan sampul duit raya pula, Tuan Puan boleh terus ke website kami. Jom buat pilihan bijak bersama FLEXISPRINT!

 

Kongsi Pandangan & Pendapat Anda

Recent Posts

Blog Category

Shopping cart0
There are no products in the cart!
Continue shopping
0