fbpx

Cara Buat Sticker Label Produk

Ramai peniaga-peniaga kecil yang baru mulakan bisnes mesti mahu jimatkan cost. So caj new design RM50 yang dikenakan oleh designer rasa besar nilainya. Oleh itu, Flexisprint nak bantu anda dengan tutorial cara untuk buat sticker label produk sendiri. Bila dah siap design nanti boleh tempah sticker dengan Flexisprint. Janji tau…

Software Untuk Buat Design Sticker Label Produk – Beginner

Dekat dunia ni sememangnya ada pelbagai software untuk buat design. Saya cadangkan untuk permulaan, gunakan apa yang anda selalu guna.

  1. Microsoft Word
  2. WPS – Office Document ( sama je macam word tapi free )
  3. Power point
  4. WPS – Presentation ( juga sama macam power point tapi free lah )
  5. Canva ( paling popular sekarang kerana boleh guna handphone )

Kenapa photoshop dan illustrator tiada dalam list ? Sebab ini untuk beginner jika anda dah tau guna photoshop dan illustrator tu saya rasa anda sudah upgrade.

Buat Sticker Label Produk Design Sendiri

Untuk artikel kali ini saya akan kongsikan cara gunakan WPS – Office Document. Kenapa bukan Mircosoft Word ? Sebab WPS Office sahaja yang ada dalam laptop saya ni. Hihi

Tapi jangan risau sebab cara dia hampir sama sahaja.

Langkah 1 – Cari idea nak buat design macam mana.

Sekarang dunia serba canggih . Google kan ada. Kali ini saya nak buat design untuk produk minuman Kopi. Google dahulu contoh sticker label kopi @ coffee untuk dapatkan idea.

Langkah 2 – Ukur Bekas Produk anda menggunakan pembaris.

Ini penting untuk buat design supaya nanti bila hantar printing mereka sudah tidak perlu adjust apa apa lagi. Mereka tak adjust jadinya tiada caj adjustment . Jimat sudah duit.

Langkah 3 – Boleh open software, WPS – Office Document . Open blank document.

1. Insert Shape yang anda suka. Pilih bentuk yang akan menjadi shape sticker produk anda

2. Lukis shape yang telah dipilih di ruang kosong. Kemudian right click untuk kita set ukuran design itu.

Pilih More Settings

3. Pilih size dan ubah Height & Width ikut ukuran anda.

4. Untuk menukar warna design boleh tukar di option Fill & Outline

5. Taip ayat yang mahu diletakkan pada sticker di sebelah kanan dan bentuk sticker di sebelah kiri. Klik shape sticker tadi dan pilih Send Backward > Send Behind Text.

6. Tarik shape ke belakang tulisan dan tukar warna tulisan ikut kesesuaian.

7. Masukkan logo whatsapp dan sosial media lain dengan klik Insert Picture . Maklumat ni penting untuk memastikan client tahu macam mana nanti nak contact anda untuk repeat order. Logo boleh google jenis png contoh “Logo Whatsapp Png Clear Background”

8. Pastikan gambar itu berada di behind text . Bagi memudahkan anda adjust kedudukan nya nanti.

9. Setelah semua adjustment siap. Anda boleh export to pdf design tersebut. Atau save as pdf.

Design sticker anda sudah siap. Andai kata mahu kan yang lebih menarik dan pelbagai pelihan anda boleh lah menempah sticker design readymade yang ada ditawarkan oleh Flexisprint.

Buat sticker label produk menggunakan – Canva

Anda boleh tonton video di bawah untuk melihat pekongsian Tutorial Canva: Reka Sendiri LABEL STIKER Untuk Produk Anda Guna Aplikasi Percuma .

Banyak juga ilmu telah saya kongsikan dan terima kasih kerana sudi membaca blog Flexisprint. Dapatkan tawaran- tawaran sticker yang menarik di website kami. Untuk mengenali lebih dekat dengan material dan jenis sticker label produk, anda boleh baca blog kami yang lepas dengan klik button di bawah.

Semoga artikel ini dapat membantu menyelesaikan masalah anda.
Terima kasih kerana sudah meluangkan masa untuk membaca artikel ini.

Jadi, dimana hendak saya bertanyakan soalan lebih lanjut? Atau berhubung dengan FLEXISPRINT?

Anda boleh klik buton di bawah untuk berhubung dengan Team Sales FLEXISPRINT ⇓

Tempahan boleh di pos dan warga sekitar Shah Alam juga boleh self pickup di Flexisprint Seksyen 2 dan Seksyen 13 Shah Alam. Anda boleh semak harga di button ini.

Waktu operasi (PKPB) masih sama seperti hari biasa iaitu 9.30 pagi hingga 6.30 petang jika mahu walk-in. Kami juga komited dalam usaha sama-sama mengekang wabak pandemik Covid-19, jadi kedai Online kami juga beroperasi 24 jam di Flexisprint.my.

Kalau nak walk-in, alamatnya disini:
  • No 14, Jalan Bunga Tanjung 2/16, Seksyen 2, Shah Alam, Selangor
  • No 12, Jalan Balapan 13/32, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor

Singgah, layari dan Follow kami di akaun-akaun ini! Promosi-promosi sticker kami tidak kurang hebat sambutannya disini:

🌸Facebook @Flexisprint

🌸Instagram @flexisprint

Kongsi Pandangan & Pendapat Anda

Recent Posts

Blog Category

Shopping cart0
There are no products in the cart!
Continue shopping
0