fbpx
  1. Home
  2. Tips Untuk Usahawan
  3. Ballpoint Pen Sebagai Corporate Gift

Ballpoint Pen Sebagai Corporate Gift

Jadikan ballpoint pen sebagai hadiah korporat yang elegan dan diingati

Pen merupakan alat tulis yang sering digunakan dalam aktiviti harian. Tahukah anda, terdapat banyak jenis pen yang ada di pasaran? Salah satunya adalah ballpoint pen.

Ia adalah sejenis alat tulis yang paling popular dan sering digunakan. Pen mata bola ini sangat serba boleh.

Ia sesuai digunakan untuk menulis nota setiap hari dan ketika anda perlu untuk menulis dengan laju.

Kini, ballpoint pen sering menjadi pilihan utama sebagai alat tulis yang paling banyak digunakan di dunia.

Selain itu, terdapat juga pen khas yang dihasilkan oleh pengilang berjenama. Ia bagi memenuhi permintaan pasaran mewah dan sebagai koleksi si pengumpul pen.

Dan semestinya ada yang bentuknya pelbagai!

Ciri-Ciri Menarik

Pen mata bulat ini mempunyai struktur yang kukuh dan kemas.

Ia menyebarkan dakwat melalui bola logam pada hujungnya.

Oleh kerana itu, ia dikenali sebagai pen mata bola. Logam yang sering digunakan besi dan tembaga.

Rekaan pen ini telah direka dan dimurnikan lagi sebagai alternatif kepada alat tulis zaman dahulu.

Penggunaanya yang lebih bersih dan dipercayai berbanding pen pelepah dan pen dakwat.

Strukturnya yang canggih menjanjikan hasil yang cantik dan kemas.

Ciri-ciri pen juga selesa dipegang. Hasilnya yang kemas sering menjadi pilihan artis dan penggemar seni.

Ternyata, pen mata bola ini menjadi alat seni yang serba boleh untuk artis professional serta pelukis doodle amatur.

Jenis ballpoint pen

Terdapat dua jenis pen yang utama iaitu pakai buang dan boleh diisi semula.

  • Ballpoint pen pakai buang

Pen mata bola jenis ini sangat mudah didapati di pasaran.

Ia sering didatangkan dengan penutup untuk melindungi hujungnya ketika pen tidak digunakan.

Selain itu, terdapat juga pen pakai buang yang tidak mempunyai penutup. Ia dicipta dengan mekanisma untuk menarik balik hujungnya. Ia berbeza mengikut pengeluar.

Selepas dakwat pen telah habis, pengguna boleh terus buang pen tersebut.

Harganya yang murah membolehkan pengguna untuk dapatkan ballpoint pen pakai buang yang baru.

  • Ballpoint pen boleh diisi semula

Pen mata bola yang mempunyai isian semula sering dikaitkan dengan pen yang berjenama.

Pengisian semula membolehkan keseluruhan struktur simpanan dakwat dalaman boleh diganti.

Ia termasuk bola logam dan soket.

Ini kerana pen berjenama kebiasaannya dibina dari bahan-bahan yang lebih halus.

Selain itu, harganya yang agak mahal menyebabkan pen jenis ini tidak berbaloi untuk dibuang atau diganti.

Kelebihan ballpoint pen sebagai corporate gifts dibuang atau diganti.

Corporate gifts merupakan bahan promosi yang sangat penting.

Ia berfungsi sebagai alat untuk menaikkan imej perniagaan anda serta memberi impak kepada si penerima.

Oleh itu, memilih pen sebagai corporate gifts merupakan strategi yang bijak.

Ini kerana ia boleh dijadikan cenderahati yang sesuai untuk kegunaan harian akan memberi impak kepada si penerima.

Ballpoint pen juga boleh ditempah khas dengan meletakkan logo syarikat anda. Ia pasti mengujakan orang yang menerika hadiah ini.

Anda boleh tahu lebih lanjut mengenai corporate gifts dan tips-tips memasarkan perniagaan anda melalui corporate gifts di sini.

Menempah corporate gift dengan Flexisprint

Anda boleh mendapatkan ballpoint pen sebagai corporate gifts di Flexisprint yang boleh ditempah dengan logo syarikat pada ballpoint pen.

Selain itu, Flexisprint juga menawarkan pelbagai corporate gifts yang menarik dan berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan.

Oleh itu, anda tidak perlu risau jika ia tidak sempat siap sebelum majlis berlangsung.

Jadi, dimana hendak saya bertanyakan soalan lebih lanjut? Atau berhubung dengan FLEXISPRINT?

Anda boleh klik buton di bawah untuk berhubung dengan Team Sales FLEXISPRINT ⇓

Tempahan boleh di pos dan warga sekitar Shah Alam juga boleh self pickup di Flexisprint Seksyen 2 dan Seksyen 13 Shah Alam. Anda boleh semak harga di button ini.

Waktu operasi (PKPB) masih sama seperti hari biasa iaitu 9.30 pagi hingga 6.30 petang jika mahu walk-in. Kami juga komited dalam usaha sama-sama mengekang wabak pandemik Covid-19, jadi kedai Online kami juga beroperasi 24 jam di Flexisprint.my.

Kalau nak walk-in, alamatnya disini:
  • No 14, Jalan Bunga Tanjung 2/16, Seksyen 2, Shah Alam, Selangor
  • No 12, Jalan Balapan 13/32, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor

Singgah, layari dan Follow kami di akaun-akaun ini! Promosi-promosi sticker kami tidak kurang hebat sambutannya disini:

🌸Facebook @Flexisprint

🌸Instagram @flexisprint

Kongsi Pandangan & Pendapat Anda

Recent Posts

Blog Category

Menu
Shopping Cart
There are no products in the cart!
Continue Shopping
0