fbpx
  1. Home
  2. Tips Untuk Usahawan
  3. 4 Sebab Pentingnya Ada Webpage Jualan

4 Sebab Pentingnya Ada Webpage Jualan

Kebanyakan usahawan tidak mempunyai webpage disebabkan tidak tahu untuk membuatnya, jika belajar pun, tetap akan mengambil masa untuk menyiapkannya. Walau apa pun alasan kita, sebagai usahawan yang inginkan jualannya bertambah dari masa ke masa, wajib untuk memiliki 1 webpage jualan.

Gabungan Beberapa Webpage Dipanggil Website

Webpage merupakan page yang mempunyai link yang unik dan ianya tidak sama di seluruh dunia. Webpage boleh mengandungi gambar, text, video serta apa sahaja informasi yang ingin diletakkan. Sebagai contoh, jika kita nak bina webpage jualan, sudah tentu di dalamnya mempunyai info produk, testimoni pelanggan, harga produk, butang order dan sebagainya.

Webpage jualan ini boleh dipromosikan di whatsapp, telegram, facebook, instagram atau di mana-mana platfom yang memudahkan bakal prospek klik link webpage tersebut.

4 Sebab Pentingnya Ada Webpage Jualan

1. Bakal Pelanggan Mudah Tahu Informasi Produk/Servis

Bayangkan anda mempunyai ramai prospek yang bertanya tentang produk. Adakah anda akan menghubungi satu per satu, menerangkan tentang produk menggunakan skrip yang sama? Tentu ianya meletihkan. Anda anda webpage jualan, hanya perlu berikan link webpage tersebut, prospek boleh klik & dapatkan semua informasi di situ.

2. Jualan boleh Terhasil Tanpa Prospek Menghubungi Anda

Bayangkan pada suatu pagi, ada 3 order & pembayaran masuk ke dalam akaun bank anda. Adakah anda pernah merasainya? Sekiranya anda mempunyai webpage jualan, ianya tidak mustahil, kerana, prospek boleh klik butang pembayaran untuk isi maklumat dan seterusnya melakukan pembayaran.

3. Prospek Lebih Memahami & Yakin Terhadap Produk / Servis Anda

Bayangkan, penyusunan informasi di webpage jualan itu mudah di baca, bermula dengan cabaran & masalah yang dihadapi, diikuti ciri-ciri produk yang boleh menyelesaikan masalah prospek, kemudian testimoni pelanggan yang telah pun mendapatkan produk/servis anda, seterusnya offer yang anda tawarkan.

Dengan cara ini, prospek lebih yakin untuk mendapatkan produk anda, seterusnya dengan mudah, anda mendapatkan jualan.

4. Webpage Boleh diintergrasikan Dengan Sistem Database Email

Bayangkan, melalui webpage juga, anda boleh kumpul email prospek yang berminat terhadap produk/servis anda. Apabila banyak email telah terkumpul, anda boleh membuatkan mereka kenal & percaya terhadap produk/servis dengan cara menghantar email kepada mereka melalui sistem.

Setelah mereka yakin & percaya, barulah anda boleh blast email menawarkan offer kepada mereka. Hanya perlu berikan link webpage jualan membolehkan mereka membuat pembayaran dengan mudah.

Anda nak Video Percuma “21 Fakta Usahawan Wajib Kumpul Database Email”? Boleh KLIK SINI untuk dapatkannya secara percuma.

Semoga artikel ini dapat membantu menyelesaikan masalah anda.
Terima kasih kerana sudah meluangkan masa untuk membaca artikel ini.

Jadi, dimana hendak saya bertanyakan soalan lebih lanjut? Atau berhubung dengan FLEXISPRINT?

Anda boleh klik buton di bawah untuk berhubung dengan Team Sales FLEXISPRINT ⇓

Tempahan boleh di pos dan warga sekitar Shah Alam juga boleh self pickup di Flexisprint Seksyen 2 dan Seksyen 13 Shah Alam. Anda boleh semak harga di button ini.

Waktu operasi (PKPB) masih sama seperti hari biasa iaitu 9.30 pagi hingga 6.30 petang jika mahu walk-in. Kami juga komited dalam usaha sama-sama mengekang wabak pandemik Covid-19, jadi kedai Online kami juga beroperasi 24 jam di Flexisprint.my.

Kalau nak walk-in, alamatnya disini:
  • No 14, Jalan Bunga Tanjung 2/16, Seksyen 2, Shah Alam, Selangor
  • No 12, Jalan Balapan 13/32, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor

Singgah, layari dan Follow kami di akaun-akaun ini! Promosi-promosi sticker kami tidak kurang hebat sambutannya disini:

🌸Facebook @Flexisprint

🌸Instagram @flexisprint

Kongsi Pandangan & Pendapat Anda

Recent Posts

Blog Category

Shopping cart0
There are no products in the cart!
Continue shopping
0