Setiap bulan sebenarnya di Malaysia, kita boleh lihat jualan sana, jualan sini adalah kerana pembeli Malaysia sememangnya suka dengan jualan murah.
Namun, adakah kita sebagai peniaga inginkan marketing strategi terbaik yang kita mampu buat untuk menaikkan pendapatan perniagaan?
Teruskan membaca artikel ini untuk kami berkongsi tips dengan anda, usahawan Malaysia.
1. Strategi Pemasaran Terbaik – Marketing Di Media Sosial
Penting sekali media sosial zaman ini sehingga saya meletakkan di nombor 1. Anda perlu buat facebook page, instagram, tiktok & google my business. Ini adalah media sosial yang sangat digunakan oleh rakyat Malaysia ketika ini.
“Saya meniaga kedai runcit sahaja, perlu kah ?”
Jawapan kepada persoalan di atas ialah sangat perlu. Di facebook, anda boleh live buat pengumuman bahawa harini ada stock baru sampai. Di Instagram boleh update gambar – gambar dan story suasana kedai anda dan apa barang yang anda jual. Google my business mengizinkan para pelanggan “check in & review”. Hal ini membuatkan carian kedai anda di Google lebih tinggi. Sekarang kan adalah masa semua orang “google kan ada”.
2. Strategi Pemasaran Terbaik – Marketing Di Kawasan Sekitar Outlet
Kita selalu fokus buat iklan di internet tetapi adakah jiran-jiran kedai anda tahu kewujudan kedai anda? Adakah mereka sedar perniagaan anda dan produk apa yang anda jual? Offline marketing perlu di lakukan di sekitar outlet anda. Caranya :-
- Pasang signboard dihadapan premis
- Gantung banner promosi dihadapan premis
- Gantung bunting atau banner di sekitar 10km premis anda
- Berikan pelanggan flyers ketika membeli di premis
- Edar flyers di setiap rumah atau kedai sekitar premis anda
3. Strategi Pemasaran Terbaik – FREE GIFT
“Sudahlah buat jualan buang harga, nak kena bagi free gift pula“. Jangan macam tu ye tuan puan. Setiap marketing ini untuk promosikan perniagaan anda. Menarikkan lagi ramai pembeli. Buat orang nampak. Pastikan pembeli selalu ingat. Ini adalah mantra bagi pemasaran.
Tidak semestinya setiap bulan kita perlu buat jualan runtuh. Bukan semua barang perlu buang harga. Gunakan senjata “free gift” untuk tarik minat pembeli untuk beli barang itu. Jadikan “free gift” sebagai gula-gula pembeli untuk menambah belian dengan anda.
Contoh free gift item semasa musim perayaan :-
- Sampul Duit Raya.
Berikan pelanggan anda sampul raya ketika membeli barang dengan anda. Ataupun buat promosi seperti belian melebihi RM100 percuma 1 paket sampul raya eksklusif. - Sample produk atau tester.
Jika pelanggan beli produk A, berikan free gift sample untuk produk B. - Coaster cup.
Sekiranya perniagaan anda melibatkan perabot atau kelengkapan rumah boleh tawarkan free gift unik ini.
Anda boleh dapatkan sampul raya dengan minimum order 500pcs ( 50paket ) di Flexisprint .
Layari website kami untuk mendapatkan 100 design sampul secara percuma.
Saya sudah kongsikan tips 3 strategi pemasaran terbaik untuk peniaga di musim perayaan. Kini giliran tuan puan sendiri untuk bertindak dan membuat pelanggan lebih nampak dan membeli dengan anda.
Please Visit Here :
The Best Printing Services in Malaysia
https://www.trustedmalaysia.com/best-printing-services-malaysia/
Semoga artikel ini dapat membantu menyelesaikan masalah anda.
Terima kasih kerana sudah meluangkan masa untuk membaca artikel ini.
Jadi, dimana hendak saya bertanyakan soalan lebih lanjut? Atau berhubung dengan FLEXISPRINT?
Anda boleh klik buton di bawah untuk berhubung dengan Team Sales FLEXISPRINT ⇓
Tempahan boleh di pos dan warga sekitar Shah Alam juga boleh self pickup di Flexisprint Seksyen 2 dan Seksyen 13 Shah Alam. Anda boleh semak harga di button ini.
Waktu operasi (PKPB) masih sama seperti hari biasa iaitu 9.30 pagi hingga 6.30 petang jika mahu walk-in. Kami juga komited dalam usaha sama-sama mengekang wabak pandemik Covid-19, jadi kedai Online kami juga beroperasi 24 jam di Flexisprint.my.
- No 14, Jalan Bunga Tanjung 2/16, Seksyen 2, Shah Alam, Selangor
- No 12, Jalan Balapan 13/32, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor
Singgah, layari dan Follow kami di akaun-akaun ini! Promosi-promosi sticker kami tidak kurang hebat sambutannya disini:
🌸Facebook @Flexisprint
🌸Instagram @flexisprint