fbpx

Tips Tempah Sampul Duit Raya

 

Raya dah semakin dekat, tapi sampul duit raya masih belum tempah? Nak tempah sampul duit raya pula, tapi kurang pasti bagaimana? Jangan risau, jom baca perkongsian Min pada kali ini tentang tips untuk tempah sampul duit raya bersama FLEXISPRINT.

Siapa kata nak tempah sampul duit raya ni tak ada tips dan boleh pakai tembak je? Haaa, setiap sesuatu yang kita lakukan itu pasti ada caranya tau…

Tips untuk tempah sampul duit raya ini juga Min tujukan khas buat para usahawan di luar sana. Nak tahu kenapa? Sebab, Min nak bantu para usahawan semua agar membuat penempahan sampul duit raya dengan lebih bijak bersama kami di FLEXISPRINT.

Tips tempah sampul duit raya yang bakal kami kongsikan ini juga adalah berdasarkan pengalaman usahawan juga tau! Jadi, jom sama-sama kita baca tips-tips yang bakal dikongsikan ini agar proses tempah sampul duit raya anda berjalan dengan lebih lancar.

 

Tips Tempah Sampul Duit Raya Bersama FLEXISPRINT

 

tips tempah sampul duit raya

Seperti yang Min janjikan, jom kita selami beberapa tips tempah sampul duit raya yang boleh para usahawan jadikan sebagai panduan sebelum membuat tempahan.

1. Rancang jenis marketing mengikut kesesuaian

Merancang jenis marketing ini merupakan salah satu perkara yang paling penting supaya para usahawan boleh membezakan dan memilih design dengan lebih tepat. Antara jenis marketing yang biasa dilakukan oleh para usahawan adalah:

 

  • Ingin memperkenalkan brand perniagaan sendiri.
  • Mencuba mendapatkan lebih banyak agent/dropship untuk perniagaan.
  • Untuk dijadikan sebagai hadiah korporat atau free gift buat para pelanggan.
  • Membuat promosi sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi.

Keempat-empat jenis marketing di atas ini sudah semestinya memerlukan design sampul duit raya yang berbeza mengikut situasi. Jadi, pastikan anda menentukannya terlebih dahulu sebelum menempah.

2. Fokus pada jenama

Nak tahu bagaimana sampul duit raya ini boleh membantu kita dalam meningkatkan branding perniagaan? Caranya mudah sahaja, iaitu melalui logo.

Pada Min, sampul duit raya yang mempunyai logo sesebuah perniagaan sudah pasti akan membantu meningkatkan perniagaan agar lebih mudah diketahui oleh orang ramai. Oleh itu, pastikan setiap sampul duit raya yang anda tempah tersebut diletakkan logo perniagaan ya…

3. Jadikan sampul duit raya sebagai ‘gula-gula’ marketing

Macam mana pula sampul duit raya boleh dijadikan sebagai ‘gula-gula’ marketing? Haaa, sampul duit raya yang dikatakan sebagai ‘gula-gula’ marketing ini adalah apabila ia dijadikan sebagai free gift buat para pelanggan yang telah membuat sesuatu pembelian.

Dengan teknik free gift ini, ia akan memudahkan para usahawan dalam mengembangkan jenama syarikat atau perniagaan sebaik sahaja sampul duit raya tersebut digunakan dan diberikan secara percuma kepada orang ramai.

Menarik kan tips-tips tempah sampul duit raya yang Min kongsikan ni? Kalau nak dapatkan info lebih lanjut, pastikan anda baca perkongsian ini sampai habis okay!

 

Set Kuantiti Tempahan Sampul Duit Raya Anda

 

Walaupun menempah sampul duit raya ini kelihatan mudah, namun sebagai usahawan berjaya, adalah wajar bagi anda untuk set target sebaiknya sebelum membuat tempahan.

Menetapkan target sebelum menempah ini dapat memudahkan para usahawan untuk menempah dengan kadar yang mencukupi. Bak kata orang, tidak lebih dan tidak kurang supaya kita dapat mengurangkan risiko kerugian, lebih-lebih lagi buat usahawan yang masih baru dalam bidang perniagaan.

 

Menyelidik Pusat Percetakan Sebelum Menempah | FLEXISPRINT

Menyelidik sesebuah pusat percetakan sebelum menempah adalah sangat penting supaya anda tidak tertipu dengan pihak kilang percetakan tersebut. Seperti yang boleh anda lihat di bawah, jika FLEXISPRINT digoogle, maka kredibiliti kami dapat dilihat terpampang seperti berikut.

 

Jadi, apakah di antara perkara-perkara yang perlu diambil kira ketika menyelidik pusat percetakan berkredibel dan terbaik?

 

  • Pertama, pastikan syarikat yang dipilih itu adalah berpengalaman.
  • Kedua, lihatlah bahagian feedback dan review mereka yang pernah diberikan oleh pelanggan terdahulu.
  • Ketiga, pastikan kilang percetakan tersebut mudah dihubungi melalui nombor telefon, alamat dan juga website.
  • Keempat, pastikan juga bahawa pusat percetakan tersebut mampu menyiapkan tempahan anda pada tarikh yang ditetapkan.

Min berharap agar segala tips tempah sampul duit raya yang dikongsikan pada kali ini dapat memberi pelbagai manfaat buat anda semua.

Apa yang pasti, di FLEXISPRINT, kami menawarkan harga yang berpatutan dengan pelbagai jenis design dan saiz yang menepati citarasa anda semua. Jadi, buat para usahawan yang masih belum mendapatkan sampul duit raya untuk perniagaan, pastikan anda terus ke FLEXISPRINT untuk menempah dalam kadar segera ya!

 

Jom Walk-in ke FLEXISPRINT!

FLEXISPRINT mempunyai dua cawangan di Shah Alam, iaitu di Seksyen 13 dan Seksyen 2. Mari ikuti alamat di kedua-dua cawangan kami seperti berikut:

FLEXISPRINT SEKSYEN 13

12, Jalan Balapan 13/32, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor.

Tel: +603-7802 9099
E-mel: [email protected]

Web: flexisprint.my

Anda boleh menggunakan aplikasi Waze untuk ke Flexisprint Seksyen 13:
https://waze.com/ul/hw281wf0e5.

FLEXISPRINT SEKSYEN 2

14, Jalan Bunga Tanjung 2/16, Seksyen 2, 40000 Shah Alam, Selangor.

Tel : +603-7802 9099
E-mel: [email protected]

Web: flexisprint.my

Anda boleh menggunakan aplikasi Waze untuk ke Flexisprint Seksyen 2:
https://waze.com/ul/hw281mzh31.

 

Tempah Bila-bila Masa Sahaja di FLEXISPRINT

Aidilfitri 2024 semakin hampir, jadi jom dapatkan servis cetakan sampul duit raya bersama FLEXISPRINT dengan kadar segera ya!

Untuk menempah atau mendapatkan info lanjut tentang sampul duit raya 2024, Tuan Puan boleh klik di sini untuk berhubung dengan Sales Team FLEXISPRINT secara terus.

Untuk mendapatkan design-design terkini cetakan sampul duit raya 2024 pula, Tuan Puan boleh terus ke website kami. Jom buat pilihan bijak bersama FLEXISPRINT!

 

Kongsi Pandangan & Pendapat Anda

Recent Posts

Blog Category

Shopping cart0
There are no products in the cart!
Continue shopping
0