fbpx
  1. Home
  2. Tips Untuk Usahawan
  3. Artikel Digital Inkjet
  4. Tips Design Banner Printing

Tips Design Banner Printing

Banner merupakan salah satu bahan promosi perniagaan yang efektif dan jimat kos. Kali ini FLEXISPRINT nak kongsikan tips design banner printing.

Selalunya, banner digunakan untuk memaparkan info-info berkaitan perniagaan atau sebagai media untuk memberitahu orang ramai tentang promosi yang anda sedang jalankan.

Oleh itu, banner seharusnya direka dengan kemas agar mesej dapat disampaikan kepada umum dengan berkesan. FLEXISPRINT memberikan tiga tips ringkas untuk anda mereka bentuk banner sendiri.

1. Ukur dan tentukan saiz yang sesuai

Kenal pasti lokasi pemasangan banner dan ukuran yang sesuai untuk banner tersebut.

Ukur dengan skala inci kerana harga banner ikut kiraan per kaki. 1 kaki = 12 inci. Pengukuran yang tepat membantu anda menjimatkan kos dengan mengelakkan saiz banner terlalu besar atau kecil berbanding tempat pemasangan banner.

2. Tentukan tema warna dan visual produk

Semasa anda mahu membuat promosi pastikan anda tetapkan warna yang sesuai dengan perniagaan dan promosi itu. Sertakan visual produk anda yang paling menarik atau gunakan model yang cantik seperti yang dilakukan oleh jenama terkemuka. 

Pastikan anda guna gambar yang high resolution agar gambar tidak “pecah” nanti.

3. Masukkan info penting

Dalam banner pastikan anda sertakan maklumat seperti no telefon, laman web, lokasi kedai, tarikh events atau tarikh promosi berlangsung. Ini sangat penting untuk menarik prospek pelanggan ke premis perniagaan anda.

Namun, tidak perlu masukkan terlalu banyak info sehingga menyukarkan orang untuk membaca banner anda. Pastikan design anda mudah dibaca dan catchy.

Setelah siap, emelkan design banner anda ke kedai percetakan yang berkaitan. Salah satu kedai percetakan Shah Alam adalah FLEXISPRINT. Kami menawarkan servis untuk menghasilkan bahan promosi perniagaan anda.

Semoga artikel ini dapat membantu menyelesaikan masalah anda.
Terima kasih kerana sudah meluangkan masa untuk membaca artikel ini.

Jadi, dimana hendak saya bertanyakan soalan lebih lanjut? Atau berhubung dengan FLEXISPRINT?

Anda boleh klik buton di bawah untuk berhubung dengan Team Sales FLEXISPRINT ⇓

Tempahan boleh di pos dan warga sekitar Shah Alam juga boleh self pickup di Flexisprint Seksyen 2 dan Seksyen 13 Shah Alam. Anda boleh semak harga di button ini.

Waktu operasi (PKPB) masih sama seperti hari biasa iaitu 9.30 pagi hingga 6.30 petang jika mahu walk-in. Kami juga komited dalam usaha sama-sama mengekang wabak pandemik Covid-19, jadi kedai Online kami juga beroperasi 24 jam di Flexisprint.my.

Kalau nak walk-in, alamatnya disini:
  • No 14, Jalan Bunga Tanjung 2/16, Seksyen 2, Shah Alam, Selangor
  • No 12, Jalan Balapan 13/32, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor

Singgah, layari dan Follow kami di akaun-akaun ini! Promosi-promosi sticker kami tidak kurang hebat sambutannya disini:

🌸Facebook @Flexisprint

🌸Instagram @flexisprint

Kongsi Pandangan & Pendapat Anda

Recent Posts

Blog Category

Shopping cart0
There are no products in the cart!
Continue shopping
0