fbpx
  1. Home
  2. Tips Untuk Usahawan
  3. Artikel Sticker
  4. Sticker Label Printing – Berkualiti

Sticker Label Printing – Berkualiti

Semua orang mahukan produk dan servis yang berkualiti. Flexisprint memang pilihan ramai. Kami merupakan pencetak sticker label yang paling digemari usahawan Malaysia. Lebih 15,000 usawahan pelanggan kami. Sticker printing yang Flexisprint tawarkan dan hasilkan amatlah berkualiti. Tak kira lah dari segi material, cetakan mahupun servis kami.

Sticker Printing untuk produk Makanan, Kosmetik

Sticker produk terbahagi kepada 3 jenis material

  1. Mirrorcoat Sticker
  2. Synthetic Transparent Sticker
  3. Synthetic PP White Sticker

Ini material yang biasa digunakan oleh usahawan dan sesuai dengan produk . Ditambah pula dengan kos printingnya yang tidak terlalu mahal untuk SME dan start up business.

Mirrorcoat Sticker

Mirrocoat Sticker merupakan sticker paling murah tapi tak kalis air. Berasaskan kertas berwarna putih dan mempunyai pelekat dibelakangnya. Kebanyakan produk makanan, kosmetik menggunakan material ini. Namun kena hati-hati ketika menampal kerana sticker ini sangat cepat melekat dan nak tanggalkan tanpa merosakan atau mengoyakkan sticker itu amat susah sama sekali.

Synthetic Transparent Sticker

Synthetic Transparent Sticker merupakan sticker lut sinar yang boleh membolehkan pelanggan melihat produk anda secara langsung. Tapi pastikan anda menggunakan juga bekas lutsinar. Kebanyakan pelanggan yang menjual air kopi, juice, frappe memilih sticker ini kerana nampak lebih hipster dan cantik. Oleh kerana sticker ini kalis air, sticker ini boleh direndam dalam ais, air atau pun dimasukkan kedalam freezer.

Synthetic PP White Sticker

Synthetic PP White Sticker ini juga sejenis sticker kalis air. Berasaskan kertas berwarna putih tapi keunikkannya jika anda silap tampal anda bole cuba tanggalkan dengan berhati-hati dan tampal semula. Sticker ini sesuai untuk makanan sejuk beku kerana tidak akan rosak apabila kena air.

Tips material sticker untuk bekas kaca bagi penjual sambal atau pes. Perasan atau tidak botol sos dan kicap dari jenama terkemuka juga menggunakan material Mirrorcoat Sticker sahaja untuk sticker printing label mereka kerana kekuatan sticker mirrorcoat ini melekat atas permukaan kaca lagi tinggi berbanding PP White sticker. Lagipun produk seperti sambal, pes, kicap, sos ini dijual di rak dan bukannya perlu di letak di dalam peti ais.

Berminat dengan printing sticker label untuk produk boleh klik button ini

Sticker Printing kualiti Outdoor – Indoor

Kini saya terangkan pula jenis sticker untuk kegunaan outdoor.

Antara sticker yang kita akan gunakan ketika outdoor dan indoor adalah :-

  1. Kereta pada body kenderaan
  2. Sticker pada bumper kenderaan
  3. Sticker cermin kereta
  4. Sticker Roadtax
  5. Sticker pada kiosk meniaga
  6. Sticker pada balang air
  7. Wallpaper sticker
  8. Signage Sticker
  9. Floor Sticker
  10. Sticker gift kepada client
  11. Sticker Pass Kenderaan

Dan pelbagai lagi kegunaan.

Flexisprint menawarkan 3 Jenis Sticker untuk kegunaan seperti di atas

  1. Pvc White Outdoor Sticker
  2. Transparent Outdoor Sticker
  3. Static Clingy / Decal Sticker

PVC White Outdoor Sticker

PVC White Outdoor Sticker yang biasa digunakan untuk tampal pada body kereta , signage, wall sticker. Jenis yang kalis air tahan lasak. Jika mahu tampal di dinding pastikan permukaan rata , tidak berminyak dan bukannya kayu.

Transparent Outdoor Sticker

Transparent Outdoor Sticker berbeza dari yang produk kerana yang ini lagi tebal dan tahan lasak. Kebanyakan digunakan untuk signage sticker atau sticker gift kepada client. Di Flexisprint ini anda boleh request transparent with white ink.

Static Clingy / Decal Sticker

Pasti anda pernah lihat sticker dari pihak insurans apabila anda renew roadtax. Material itu dipanggil Static Clingy / Decal Sticker.

“Ianya tidak ada sticker tapi material itu sendiri yang boleh melekat pada cermin tanpa sebarang gam.”

Berminat dengan produk sticker outdoor-indoor boleh klik button ini

Jenis – Jenis Finishing Apabila Printing Sticker

Tak kira sticker produk atau sticker outdoor, finishing sticker tetap ada 2 pilihan

  1. Gloss Laminate
  2. Matte Laminate

Laminate ni adalah extra finishing pada atas permukaan sticker itu. Motif nya untuk protect cetakan daripada calar, rosak. Selain itu finishing ini ada 2 jenis . Gloss Laminate dan Matte Laminate .

Matte laminate tidak memantulkan cahaya seperti tak seperti gloss laminate dan kelebihan lain, matte laminate ini memudahkan kita membaca tulisan pada sticker printing.

Gloss laminate menawarkan penampilan yang lebih bersinar yang meningkatkan penampilan warna yang cerah. Ia sering digunakan untuk produk makanan kerana membuatkan label lebih menonjol.Selain itu jika sticker pada kenderaan juga memilih gloss laminate kerana ianya mudah dicuci kotaran tak berapa lekat.  So apa tunggu lagi buat pilihan bijak dengan memilih printing sticker di Flexisprint.

Jadi, dimana hendak saya bertanyakan soalan lebih lanjut? Atau berhubung dengan FLEXISPRINT?

Anda boleh klik buton di bawah untuk berhubung dengan Team Sales FLEXISPRINT ⇓

Tempahan boleh di pos dan warga sekitar Shah Alam juga boleh self pickup di Flexisprint Seksyen 2 dan Seksyen 13 Shah Alam. Anda boleh semak harga di button ini.

Waktu operasi (PKPB) masih sama seperti hari biasa iaitu 9.30 pagi hingga 6.30 petang jika mahu walk-in. Kami juga komited dalam usaha sama-sama mengekang wabak pandemik Covid-19, jadi kedai Online kami juga beroperasi 24 jam di Flexisprint.my.

Kalau nak walk-in, alamatnya disini:
  • No 14, Jalan Bunga Tanjung 2/16, Seksyen 2, Shah Alam, Selangor
  • No 12, Jalan Balapan 13/32, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor

Singgah, layari dan Follow kami di akaun-akaun ini! Promosi-promosi sticker kami tidak kurang hebat sambutannya disini:

🌸Facebook @Flexisprint

🌸Instagram @flexisprint

Kongsi Pandangan & Pendapat Anda

Recent Posts

Blog Category

Shopping cart0
There are no products in the cart!
Continue shopping
0