fbpx
  1. Home
  2. Tips Untuk Usahawan
  3. Artikel Sticker
  4. Sticker Frozen Food

Sticker Frozen Food

Semakin ramai peniaga kedai makan mula menjual makanan sejuk beku. Sudah tentu memerlukan sticker , pelekat , label untuk packaging produk. Oleh itu Flexisprint sangat lah berbesar hati nak memberikan design sticker frozen food secara percuma kepada para pelanggan kami.

Pemilihan Design Sticker Frozen Food

Dalam aspek design makanan frozen ini, sudah tentu ada ciri-ciri penting yang perlu ada.

1. Gambar atau illustrasi visual produk tersebut

Contoh produk aiskrim yang diletak dalam bekas solid color putih / biru / dan lain-lain telah membuatkan pelanggan tidak nampak rupa di dalam. Justeru itu design pada sticker label luar perlu ada gambaran.

2. Informasi pada sticker label

Frozen food ini adalah makanan yang akan disimpan lama. Penting untuk anda pastikan di sticker label itu ada arahan seperti

– makanan perlu dimasak selepas defrost

– expired date

– tidak perlu defrost, boleh terus masak

3. Senarai Ramuan

Apabila melibatkan produk makanan ini, para peniaga perlu peka dengan senarai ramuan dan isi kandungan bahan – bahan. Kerana ada pelanggan yang alergi dengan sesetengah makanan.

4. Dikilangkan oleh

Walaupun anda masih di tahap homemade tapi perlu juga letakkan maklumat seperti

– Nama Pembuat

– Alamat

– No Telefon

– Nama media sosial

Semua ini penting untuk pelanggan apabila mereka mahu ulangan belian ( repeat order ). Apabila anda letak informasi ini pelanggan lebih yakin dengan produk itu sebab tahu asal usul.

5. Warna

Warna dengan perasaan membeli memang berkait rapat. Sekiranya anda jual produk makanan berasaskan daging perlu gunakan warna merah, oren, kuning. Jika makanan dessert boleh guna warna pink, coklat, purple.

Catalog Design Sticker Frozen Food

Material Yang Sesuai Untuk Sticker Frozen Food

“Pening tak tahu nak pilih material sticker. Banyak sangat nama material yang ada.”

Adakah anda tergolong dalam golongan di atas ? Iya ? Teruskan membaca artikel ini. Jangan skip tau.

Di Flexisprint ni memang ada pelbagai jenis sticker. Sini saya nak share tips trick order material ni.

  1. Aiskrim Malaysia. Kalau produk anda macam ni, pembungkusnya plastik transparent anda nak kasi lihat, nak pelanggan nampak kat dalam boleh tempah Synthetic Transparent Sticker.
  2. Aiskrim yang dalam bekas plastik ala-ala tupperware tu boleh tempah material Synthetic PP White Sticker. Nak laminate boleh tak laminate pun boleh.
  3. Makanan sejuk beku seperti karipap, daging harimau menangis tu. Anda boleh order material Synthetic PP White Sticker. Nak laminate boleh tak laminate pun boleh.

Sticker frozen food ni memang tak sama dengan sticker untuk produk kek ya. Sebab kek tu dimasukkan dan simpan dalam chiller sahaja. Yang ni dimasukkan ke dalam Frozen, frost, beku so perlu guna material yang berasakan plastik synthetic.

Perlukah Sticker Frozen Food ini di Laminate ?

“This protects the piece from stains, tears, moisture and other hazards that can damage or ruin it altogether. Lamination strength and rigidity to a printed piece and also makes the colors stand out more.”

Laminate ni adalah finishing tambahan keatas sticker tersebut. Matlamatnya untuk protect cetakan daripada calar, pecah. Selain itu, finishing ini ada 2 jenis. Gloss Laminate dan Matte Laminate.

Matte laminate mempunyai rupa yang lebih lembut dan semula jadi yang tidak memantulkan cahaya tidak seperti gloss laminate. Seterusnya, matte ini memudahkan pembacaannya membaca label tersebut.

Gloss laminate menawarkan penampilan yang lebih bersinar yang meningkatkan penampilan warna yang cerah. Ia sering digunakan untuk produk makanan kerana membuatkan label lebih menonjol.

Terpulang kepada anda untuk membuat tambahan finishing atau tidak. Harga untuk laminate sudah pasti lebih mahal sedikit berbanding biasa.

Jadi, dimana hendak saya bertanyakan soalan lebih lanjut? Atau berhubung dengan FLEXISPRINT?

Anda boleh klik buton di bawah untuk berhubung dengan Team Sales FLEXISPRINT ⇓

Tempahan boleh di pos dan warga sekitar Shah Alam juga boleh self pickup di Flexisprint Seksyen 2 dan Seksyen 13 Shah Alam. Anda boleh semak harga di button ini.

Waktu operasi (PKPB) masih sama seperti hari biasa iaitu 9.30 pagi hingga 6.30 petang jika mahu walk-in. Kami juga komited dalam usaha sama-sama mengekang wabak pandemik Covid-19, jadi kedai Online kami juga beroperasi 24 jam di Flexisprint.my.

Kalau nak walk-in, alamatnya disini:
  • No 14, Jalan Bunga Tanjung 2/16, Seksyen 2, Shah Alam, Selangor
  • No 12, Jalan Balapan 13/32, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor

Singgah, layari dan Follow kami di akaun-akaun ini! Promosi-promosi sticker kami tidak kurang hebat sambutannya disini:

🌸Facebook @Flexisprint

🌸Instagram @flexisprint

Kongsi Pandangan & Pendapat Anda

Recent Posts

Blog Category

Shopping cart0
There are no products in the cart!
Continue shopping
0