TERMA & SYARAT

General
Apabila mendaftar anda perlu memberikan maklumat yang betul , terkini dan lengkap. Sekiranya ada perubahan maklumat, anda boleh mengemaskini dibahagian profile atau hubungi pihak kami untuk bantuan. Kata laluan akaun hendaklah unik dan selamat disimpan. Sebarang salah guna yang dilakukan oleh akaun anda tanpa keizinan anda, hendaklah dilaporkan kepada kami dengan segera.
Pesanan
Semua pesanan adalah tertakluk kepada penawaran dan stock yang ada. Item dalam troli beli-belah dalam talian anda tidak dikira sebagai “booking”. Anda perlu “check out” dan buat bayaran untuk mengesahkan pembelian .
Pembayaran
Pembayaran boleh dibuat melalui online banking dan sebarang kaedah lain yang mungkin dinyatakan dengan jelas di laman web kami dari semasa ke semasa.
Kami sentiasa mengambil langkah keselamatan untuk memastikan website kami selamat. Semua transaksi perbankan dalam talian webiste ini diproses menggunakan ToyyibPay, iaitu gerbang pembayaran dalam talian selamat yang menyukarkan butiran anda dalam persekitaran hos yang selamat.
Kami juga mengambil langkah keselamatan untuk memastikan butiran pesanan dan pembayaran anda selamat, tetapi sekiranya ada berlaku perkara tidak diingini dan tiada pula kecuaian dari pihak kami, kami tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk sebarang kerugian yang anda alami jika pihak ketiga mendapatkan akses akaun anda tanpa kebenaran.
Voucher
Voucher yang diberikan kepada anda tidak boleh dipindah milik. Tidak boleh digunakan bersama dengan mana-mana kod baucar atau tawaran lain dan mesti ditebus sebelum tarikh tamat.
Printing Process
Sila ambil perhatian bahawa kami akan lakukan proses percetakan semua pesanan mengikut ‘’Printing Process Duration’’ yang telah anda pilih ketika menempah dan selepas pembayaran diterima. Sila rujuk jadual ‘’Printing Process Duration’’ yang ada nyatakan anggaran masa proses printing yang telah kami sediakan. Jadual ini adalah untuk digunakan sebagai panduan sahaja dan bermula dari tarikh pesanan dihantar. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kelewatan yang disebabkan oleh cuti umum dan kelewatan pihak pos.
Privacy Policy
Maklumat yang kami minta ini diperlukan sebagai prosedur pendaftaran di laman web ini. Maklumat ini diserahkan kepada kami secara sukarela oleh pelanggan kami
Personal Identification details
Butiran peribadi anda ini digunakan untuk memproses tempahan anda. Anda boleh mengemaskini maklumat anda pada profil di dalam website ini. Butiran ini juga kami gunakan untuk memberi tahu anda update terkini berkenaan operasi syarikat, promosi dan event dari syarikat kami.
Confidentially
Maklumat peribadi anda seperti butiran kad kredit/debit, nombor akaun bank tidak akan dikongsikan dan didedahkan oleh pihak kami. Kami tidak akan kongsi mana-mana kandungan maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga tanpa memberi notis awal kepada pelanggan.
Security
Kami akan menggunakan perisisan keselamatan yang bersesuaian di website ini untuk memastikan maklumat peribadi anda tidak diketahui oleh pihak ketiga. Namun begitu anda juga perlu tahu bahawa maklumat yang dihantar melalui internet ini tidak 100% dijamin selamat.