fbpx

Pernahkah anda mempunyai pengalaman berkunjung ke kedai percetakan yang mampu print sticker cepat siap pada hari yang sama?

Sebagai usahawan, pasti anda ingin mempercepatkan promosi produk supaya pelanggan dapat mengenali produk anda lebih awal. Dalam hal ini, sememangnya penggunaan sticker menjadi pilihan usahawan kecil dan sederhana untuk memasarkan produk. Namun, adakah tempahan sticker yang dibuat itu menepati kriteria dan cepat siap?

Istimewa di FLEXISPRINT, kami menjanjikan kualiti terbaik untuk memuaskan hati dengan cita rasa anda serta dapat menyiapkan sticker dengan pantas!

Nak tahu lebih lanjut tentang kedai percetakan yang mampu print sticker cepat siap? Mari ikuti perkongsian di bawah.

Apa Material yang digunakan untuk Sticker?

Terdapat tiga jenis material yang digunakan untuk sticker label, iaitu mirrorcoat (tidak kalis air), pp white (kalis air), dan transparent (kalis air).

Kebiasaannya, pelanggan akan menempah sticker daripada material mirrrorcoat. Walaupun material mirrorcoat ini tidak kalis air, namun ia lebih murah berbanding material yang lain.

Selain itu, bagi mendapatkan finishing yang menarik pada sticker, anda boleh tambahkan laminate gloss untuk dapatkan sticker yang berkilat atau matte untuk hasilkan warna mati dan permukaan sticker menjadi kesat. Hal ini secara tidak langsung menjadikan packaging produk anda kelihatan lebih cantik!

Print Sticker Cepat Siap
Transparent
Print Sticker Cepat Siap
PP White
Print Sticker Cepat Siap
Mirrorcoat

Boleh Siap Pada Hari yang Sama? Betul Ke?

Kami di FLEXISPRINT menawarkan konsep tempah cepat dapat cepat! Oleh hal yang demikian, kami ada menyediakan servis tempahan sticker yang boleh disiapkan pada hari yang sama. Tetapi, anda perlu membuat tempahan sebelum pukul 12 tengah hari dan boleh ambil sticker pada hari yang sama selepas jam 5 petang. Tempahan ini dinamakan sebagai “Super Power Express”!

Ada lagi servis tempahan yang kami sediakan di FLEXISPRINT, iaitu Normal, Express, dan Super Express. Anda boleh lihat jadual waktu tempahan dan pembuatan sticker seperti berikut:

Print Sticker Cepat Siap – Usahawan Produk Makanan Wajib Guna Sticker!

Usahawan produk makanan amat memerlukan sticker untuk mempamerkan jenama serta maklumat/info produk. Oleh hal yang demikian, usahawan produk makanan boleh memilih sticker jenis kalis air mahupun jenis tidak kalis air, bergantung kepada jenis makanan.

Bagi produk makanan basah/sejuk beku seperti kambing perap, aiskrim dan air botol, usahawan disarankan untuk memilih material jenis kalis air seperti pp white atau transparent bagi mengelakkan sticker terkoyak. Tambahan pula, material jenis kalis air ini mudah ditampal dan dibuka untuk diubah kedudukannya.

Kebiasaannya, makanan sejuk beku amat sesuai menggunakan material pp white dan ditambahkan finishing dengan laminate untuk lindungi sticker daripada tercalar. Material jenis ini tahan lasak, boleh direndam di dalam air dan disimpan di dalam freezer.

Manakala, untuk produk makanan kering seperti kerepek dan kuih, usahawan boleh memilih sticker jenis tidak kalis air seperti mirrorcoat. Sticker jenis ini lebih murah dan pelekatnya kuat serta sukar untuk ditanggalkan. Namun, ia mudah terkoyak apabila terkena air.

Sekiranya usahawan ingin pelekat yang mudah ditampal dan tidak mudah terkoyak, digalakkan memilih material jenis pp white untuk produk makanan kering untuk ditampal pada balang atau botol produk seperti premium cookies.

Print sticker cepat siap di FLEXISPRINT! Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai servis cetakan yang kami tawarkan klik sahaja link ini.

Tempah Segera di FLEXISPRINT | Print Sticker Cepat Siap

Sebelum ini, FLEXISPRINT dikenali sebagai Papyrus Service dan hanyalah sebuah gerai fotostat dan percetakan. Gerai ini berkembang maju seiring dengan teknologi terkini, dan menyebabkan Papyrus Servis membuat penjenamaan baharu kepada FLEXISPRINT.

Semakin hari, FLEXISPRINT semakin maju dengan menubuhkan KadLestari yang bukan sahaja terkenal dalam kalangan orang awam. Malahan, ia terkenal juga dalam kalangan selebriti seperti Elfira Loy. Beliau telah mendapatkan servis KadLestari ini daripada FLEXISPRINT untuk menghasilkan kad undangan perkahwinannya.

Kejayaan yang dicapai ini mendorong FLEXISPRINT untuk menawarkan lebih banyak servis cetakan yang terbaik dan bermutu tinggi. Hal ini supaya dapat membantu para usahawan perniagaan kecil dan sederhana untuk memajukan perniagaan.

Lokasi Print Sticker Cepat Siap

Kami mempunyai dua cawangan di Shah Alam, iaitu di Seksyen 13 dan Seksyen 2. Mari ikuti alamat di dua cawangan kami seperti berikut:

FLEXISPRINT SEKSYEN 13

12, Jalan Balapan 13/32, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia, 40100 Shah Alam

Tel: +603 5523 9119
E-mel: [email protected]

https://g.co/kgs/63RYZm
Web: www.flexisprint.my

Anda juga boleh menggunakan aplikasi Waze di sini untuk ke FLEXISPRINT Seksyen 13.

FLEXISPRINT SEKSYEN 2

14, Jalan Bunga Tanjung 2/16, Seksyen 2, 40000 Shah Alam, Selangor

Tel: +603 5510 2290
E-mel: [email protected]

https://goo.gl/maps/n2FaK5fTXU82
Web: www.flexisprint.my

Anda juga boleh menggunakan aplikasi Waze di sini untuk ke FLEXISPRINT Seksyen 2.

Buat Tempahan Secara dalam Talian | Print Sticker Cepat Siap

Sebarang pertanyaan yang ingin diajukan serta pesanan, boleh dibuat secara dalam talian melalui FLEXISPRINT.

Testimoni Kedai Print Sticker Cepat Siap

Anda masih ragu-ragu untuk membuat tempahan? Jom tengok video testimoni di bawah:

Tempah cepat, dapat cepat! Buat pesanan segera di sini atau boleh hubungi kami di talian 03-5523 9119/03-55102290. Anda juga boleh layari laman TikTok kami bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Kongsi Pandangan & Pendapat Anda
Shopping cart0
There are no products in the cart!
Continue shopping
0