fbpx

Siapa yang percaya bahawa pengiklanan yang berkesan hanya boleh dibuat melalui media sosial sahaja? Sebenarnya, pengiklanan boleh dilakukan dengan pelbagai cara mengikut kreativiti usahawan sendiri. Tahukah anda bahawa penggunaan banner dan bunting adalah yang paling efektif dalam pengiklanan? Jom baca lebih lanjut untuk ketahui info tentang print banner bunting murah di FLEXISPRINT!

Adakah terdapat perbezaan antara banner dengan bunting? Admin percaya pasti ramai yang keliru antara banner dengan bunting, betul? Nak tahu apa perbandingan antara keduanya? Mari teruskan membaca bersama kami!

Tips Memilih Banner/Bunting

Sebelum membuat tempahan banner atau bunting, anda perlulah mengaplikasikan tips ini supaya banner/bunting yang akan ditempah nanti kelihatan sempurna dan memenuhi cita rasa, seperti yang anda inginkan! Antara tips yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:

1. Tahu Perbezaan Banner dengan Bunting | Print Banner Bunting Murah

Perkara paling utama yang perlu dilakukan sebelum memilih reka bentuk yang menarik ialah, anda perlu kenal pasti terlebih dahulu perbezaan antara banner dengan bunting. Hal ini supaya, reka bentuk yang dipilih bersesuaian dengan pemilihan banner atau bunting tersebut. Secara amnya, banner berbentuk panjang secara melintang tetapi, bunting memanjang secara menegak.

Kebiasaannya, banner lebih besar saiznya berbanding bunting. Penggunaan banner biasanya dipasang pada tempat-tempat tertentu, misalnya, dipasang di gerai, di kawasan jualan hartanah, majlis besar-besaran, dan sebagainya. Justeru, harga sebuah banner jauh lebih tinggi berbanding bunting.

Sekiranya anda ingin mengadakan kenduri atau majlis kecil-kecilan dan mahu menjimatkan kos, anda digalakkan menggunakan bunting. Hal ini dikatakan demikian kerana, harganya jauh lebih murah dan mudah dipasang berbanding banner.

Print Banner Bunting Murah

2. Saiz Banner/Bunting yang Sesuai | Print Banner Bunting Murah

Walaupun banner dan bunting sering kali dipanggil sebagai “kain rentang”, namun, ia mempunyai perbezaan dari segi saiz. Saiz standard bagi banner adalah (4 kaki x 8 kaki) atau bersamaan dengan 48 inch x 96 inch. Anda juga boleh custom saiz bagi banner ini di pautan ini.

Manakala, bunting pula boleh didapati dalam pelbagai saiz seperti (1 kaki x 1 kaki), (2 kaki x 4 kaki), dan sebagainya. Sekiranya anda buntu untuk memilih saiz bunting, anda boleh pilih saiz yang standard, iaitu 2 kaki x 6 kaki seperti dalam pautan ini.

3. Info yang Perlu Ada Pada Banner/Bunting | Print Banner Bunting Murah

Pastikan anda meletakkan maklumat penting yang bersesuaian pada banner atau bunting, agar orang ramai dapat mengetahui info secara terus, terutama semasa memasarkan produk. Sebagai contoh, bunting jualan makanan perlulah mempunyai maklumat makanan seperti nama perniagaan, gambar makanan, nama makanan, harga dan nombor telefon peniaga. Info ini bukan sahaja perkara asas yang wajib ada, tetapi penggunaan corak, warna, dan tulisan juga amat memainkan peranan yang penting bagi menghasilkan banner/bunting yang menarik!

Oleh hal yang demikian, sekiranya anda sudah mempunyai rekaan sendiri, boleh berikan kepada kami untuk proses percetakan dilakukan. Anda juga boleh memuat naik reka bentuk sendiri melalui pautan ini.

Kenali Material Banner/Bunting | Print Banner Bunting Murah

Banner dan bunting hanya menggunakan satu jenis material yang sama, iaitu tarpaulin. Material ini hanya menawarkan dua jenis ketebalan, iaitu 320gsm dan 380gsm. Terdapat 6 jenis finishing bagi setiap banner dan 5 jenis finishing bagi setiap bunting yang dihasilkan. Ini bertujuan untuk memudahkan pemasangan banner/bunting untuk dilakukan nanti.

Antara finishing yang ditawarkan bagi banner di kedai percetakan banner bunting murah ini ialah eyelet, eyelet & rope, cut to size, folding edges, pocket top & bottom, dan extra white border. Manakala bagi bunting pula, anda boleh memilih sama ada pvc piping, wood, eyelet, wood & wire, mahupun cut to size.

Print Banner Bunting Murah

Kenapa Perlu Memilih FLEXISPRINT?

Ia hanyalah sebuah gerai fotostat dan percetakan pada mulanya. Setelah bergiat lama dalam industri percetakan ini, gerai yang kecil ini telah pun berubah nama sebagai FLEXISPRINT. Gerai ini bukan sahaja diberi nama baharu, malahan servis yang ditawarkan juga lebih meluas seiring dengan kecanggihan teknologi yang digunakan.

Kini, FLEXISPRINT sudah dipercayai dalam industri percetakan dan telah berpengalaman selama 18 tahun. Servis yang ditawarkan oleh FLEXISPRINT bukan sahaja terbatas kepada percetakan sticker, banner, dan bunting semata. Malahan, meluas sehingga terciptalah KadLestari sebagai kad perkahwinan yang popular sehingga kini.

Jom Print Banner Bunting Murah di Kedai Kami!

Kami mempunyai dua cawangan di Shah Alam, iaitu di Seksyen 13 dan Seksyen 2. Mari ikuti alamat di dua cawangan kami seperti berikut:

FLEXISPRINT SEKSYEN 13

12, Jalan Balapan 13/32, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia, 40100 Shah Alam

Tel: +60378029099
E-mel: [email protected]

https://g.co/kgs/63RYZm
Web: www.flexisprint.my

Anda boleh menggunakan aplikasi Waze untuk ke FLEXISPRINT Seksyen 13:
https://waze.com/ul/hw281wf0e5

FLEXISPRINT SEKSYEN 2

14, Jalan Bunga Tanjung 2/16, Seksyen 2, 40000 Shah Alam, Selangor

Tel: +60378029099
E-mel: [email protected]

https://goo.gl/maps/n2FaK5fTXU82
Web: www.flexisprint.my

Anda boleh menggunakan aplikasi Waze untuk ke FLEXISPRINT Seksyen 2:
https://waze.com/ul/hw281mzh31

Testimoni

Anda masih ragu-ragu untuk membuat tempahan? Mari tonton video print banner bunting murah di bawah:

Tempah cepat, dapat cepat! Buat pesanan segera di sini atau boleh hubungi kami di talian 03-7802 9099. Anda juga boleh layari laman Facebook kami bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Kongsi Pandangan & Pendapat Anda
Shopping cart0
There are no products in the cart!
Continue shopping
0