fbpx

Anda merupakan usahawan kosmetik atau produk makanan yang ingin mengiklankan produk dengan packaging yang menarik pada kotak kosmetik atau makanan? Tetapi tidak tahu kilang printing kotak yang boleh menghasilkannya? Jangan risau! Mari ikuti kupasan lebih lanjut tentang kilang printing kotak Shah Alam yang mampu menghasilkan design setanding kilang printing besar dengan harga mampu milik!

Setiap produk kosmetik dan kecantikan sudah semestinya memerlukan packaging yang cantik dan menarik. Hal ini bertujuan untuk menarik perhatian pelanggan, sekali gus melindungi produk daripada kerosakan.

Sebab Packaging Penting Dalam Perniagaan | Kilang Printing Kotak Shah Alam

Adakah anda yakin bahawa pembungkusan produk anda mampu menarik perhatian pelanggan? Tahukah anda bahawa untuk memasarkan perniagaan, seorang usahawan perlu mengikuti kaedah pemasaran yang betul bagi meningkatkan perniagaan, dan salah satu daripadanya ialah produk.

Secara umumnya, tujuan pembungkusan diperlukan adalah untuk melindungi produk daripada sebarang kerosakan terutama sewaktu proses pengedaran. Selain itu, pembungkusan juga diperlukan agar produk dapat diedarkan dengan lebih cermat, selamat, dan sempurna untuk kepuasan penggguna.

Kilang Printing Kotak Shah Alam

Ciri-ciri Pembungkusan yang Bagus

Pembungkusan yang bagus boleh dikenal pasti apabila ianya berjaya menarik perhatian pengguna. Untuk memastikan hal ini terjadi, setiap pembungkusan perlu memenuhi beberapa kriteria reka bentuk yang menentukan pembungkusan yang bagus. Antaranya adalah seperti berikut:

  • Bahan yang digunakan selamat dan bersesuaian
  • Mudah dipegang dan dibawa
  • Mudah dibuka dan ditutup
  • Mudah dibuang dan boleh dikitar semula
  • Mudah disimpan
  • Mudah diperoleh
Kilang Printing Kotak Shah Alam

Fungsi Pembungkusan Produk | Kilang Printing Kotak Shah Alam

Pembungkusan yang cantik tidak semestinya memenuhi ciri-ciri pembungkusan yang baik. Tetapi, pembungkusan yang berkualiti pasti mempunyai ciri-ciri pembungkusan yang bagus. Justeru, setiap pembungkusan produk mempunyai fungsinya yang tersendiri. Antara fungsinya adalah seperti berikut:

  • Memanjangkan tempoh jangka hayat produk
  • Memelihara produk
  • Mempertingkatkan jualan
  • Mengenal pasti jenis dan hak milik
  • Memudahkan proses jual dan beli
  • Membantu mempromosikan kekuatan produk
  • Meminimakan kos
  • Memasarkan produk dan bersaing di pasaran terbuka
Kilang Printing Kotak Shah Alam

Mari Kenali FLEXISPRINT

FLEXISPRINT adalah sebuah kedai percetakan yang dimiliki oleh Tuan Jamil Ismail di mana kedai ini telah dibuka pada tahun 2004 dan kini berpengalaman hampir 18 tahun. Sebelum ini, FLEXISPRINT hanyalah sebuah gerai fotostat dan percetakan yang dinamakan sebagai Papyrus Service.

Perniagaan ini semakin berkembang seiring dengan kemajuan teknologi cetakan, maka terciptalah sebuah kedai percetakan kad perkahwinan yang dikenali sebagai KadLestari pada tahun 2007. Di sinilah bermulanya jenama baharu Papyrus Servis sebagai FLEXISPRINT.

Memiliki seramai 28 pekerja dan 4 pereka bentuk, sudah pastinya kami dapat membantu pelanggan merealisasikan design yang diimpikan. FLEXISPRINT juga dikenali sebagai kilang kotak printing Shah Alam yang menawarkan design yang menarik dengan harga mampu bayar.

Apa Servis Cetakan yang Ditawarkan di Kilang Printing Kotak Shah Alam?

Setiap cetakan yang dilakukan di kilang printing kotak Shah Alam ini adalah dengan menggunakan teknologi cetakan offset dan digital. Warna yang terhasil daripada cetakan kami sememangnya berkualiti dan bermutu tinggi. Cetakan warna yang sekata dan ketepatan warna CMYK (Cyan, Magenta, Yellow, & Black) membuatkan ramai usahawan memilih FLEXISPRINT sebagai pencetak kotak produk mereka. Dengan adanya penggunaan teknologi printing tersebut, kami dapat membuat cetakan yang dicetak di atas kertas coated dan juga jenis corrugated.

Sekiranya anda berminat untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang servis cetakan yang ditawarkan, boleh tekan pautan ini.

Jenis-jenis Packaging yang Ditawarkan di FLEXISPRINT

Terdapat pelbagai jenis kotak yang FLEXISPRINT mampu cetak. Namun, enam jenis kotak ini adalah yang selalu menjadi pilihan pelanggan. Antaranya adalah pull out box, portable with handles box, standard box, lid & bottom hard box, sleeve box, dan hinged lid box seperti gambar di bawah.

Anda nak tahu apa perbezaan setiap jenis packaging ini? Tekan pautan di sini untuk ketahui lebih lanjut.

Promosi untuk Perniagaan

Sekiranya anda usahawan bagi perniagaan baru dan kecil, FLEXISPRINT menawarkan kuantiti kotak yang berskala kecil daripada jenis kotak dan cetakan yang standard. Manakala, bagi perniagaan yang mempunyai jenama yang sudah terkenal atau berkembang, FLEXISPRINT menawarkan kuantiti kotak yang berskala besar daripada jenis kotak yang boleh di custom sendiri oleh usahawan.

Kilang Printing Kotak Shah Alam

Siapa yang Perlu Dapatkan Servis Cetakan Ini di Kilang Printing Kotak Shah Alam?

Objektif utama kami adalah untuk membantu usahawan mempertingkatkan perniagaan dengan menggunakan kaedah cetakan serta menghasilkan packaging yang menarik setanding yang dipaparkan (mock-up) poster produk di dalam talian.

Kami juga ada menyediakan servis percetakan yang lain kepada usahawan kecil dan sederhana seperti sticker label, sticker outdoor advertising, business card, flyers, rubber stamp, banner bunting backdrop, corporate gift, box dan packaging, sampul duit raya, dan kad undangan.

Di Mana Kami Berada?

Kami mempunyai dua cawangan di Shah Alam, iaitu di Seksyen 13 dan Seksyen 2. Mari ikuti alamat di dua cawangan kami seperti berikut:

FLEXISPRINT SEKSYEN 13

12, Jalan Balapan 13/32, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia, 40100 Shah Alam

Tel: +603 5523 9119
E-mel: [email protected]

https://g.co/kgs/63RYZm
Web: www.flexisprint.my

Anda juga boleh menggunakan aplikasi Waze di sini untuk ke FLEXISPRINT Seksyen 13.

FLEXISPRINT SEKSYEN 2

14, Jalan Bunga Tanjung 2/16, Seksyen 2, 40000 Shah Alam, Selangor

Tel: +603 5510 2290
E-mel: [email protected]

https://goo.gl/maps/n2FaK5fTXU82
Web: www.flexisprint.my

Anda juga boleh menggunakan aplikasi Waze di sini untuk ke FLEXISPRINT Seksyen 2.

Boleh Membuat Pesanan Secara dalam Talian?

Sekiranya anda berminat untuk membuat tempahan, tetapi jauh daripada lokasi kami, anda boleh membuat pesanan secara dalam talian bersama team sales kami melalui pautan ini.

Testimoni FLEXISPRINT | Kilang Printing Kotak Shah Alam

Anda masih ragu-ragu untuk membuat tempahan? Jom tengok video testimoni di bawah:

Tempah cepat, dapat cepat! Buat pesanan segera di sini atau boleh hubungi kami di talian 03-5523 9119/03-55102290. Anda juga boleh layari laman Facebook kami bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Kongsi Pandangan & Pendapat Anda
Shopping cart0
There are no products in the cart!
Continue shopping
0