fbpx

Anda merupakan usahawan atau peniaga yang baru memulakan perniagaan dan ingin mengembangkannya? Mungkin anda ingin membuat papan iklan seperti banner dan bunting untuk mempromosikan perniagaan, tetapi belum menjumpai kedai printing dengan harga yang menepati bajet anda? Jom baca lebih lanjut untuk mengetahui kedai printing Shah Alam yang menawarkan harga yang berpatutan kepada anda.

Beruntung warga Shah Alam kerana terdapat banyak kedai percetakan yang berdekatan. Jadi, mudahlah untuk membuat pilihan. Namun, tahukah anda bahawa terdapat sebuah kedai percetakan yang menawarkan harga yang lebih murah dan berpatutan dengan kualiti yang tinggi? Mungkin ada dalam kalangan warga Shah Alam yang masih belum mengetahui kewujudan kedai percetakan ini.

Jenis-Jenis Percetakan | Kedai Printing Shah Alam

Tahukah anda bahawa terdapat pelbagai jenis percetakan yang ditawarkan di kedai printing Shah Alam? Sebagai contoh, kami di FLEXISPRINT sering kali mendapat tempahan mencetak beg, kotak, sampul duit raya dan sebagainya.

Pasti anda pernah terfikir cara kami mencetak design di atas permukaan beg, kotak, dan sampul duit raya ini, betul? Nak tahu jenis-jenis printing yang digunakan? Terus ikuti perkongsian ini.

1. Percetakan Digital/Digital Printing

Percetakan digital merupakan kaedah mencetak daripada imej berasaskan digital terus kepada bahan yang ingin dicetak. Penggunaan teknologi ini membolehkan kami menghasilkan fast print promotional item seperti business card instant, flyers express, wedding card printing, dan booklet. Bagi sesiapa yang ingin dapatkan cetakan booklet dalam tempoh yang cepat, anda boleh membuat pesanan bawah daripada 100 buku.

2. Offset Printing | Kedai Printing Shah Alam

Teknologi printing yang memerlukan “plat” dan kemudian gambar pada plat itu akan dipindahkan pada kertas. Proses ini juga dipanggil sebagai litografi (kaedah mencetak pada permukaan mendatar). Jenis percetakan ini memerlukan waktu yang agak lama. Justeru, ia tidak sesuai untuk instant order. Produk yang dihasilkan daripada offset printing ini adalah seperti flyers (500 pcs dan ke atas), sampul duit raya, kotak, bill book dan banyak lagi.

Kedai Printing Shah Alam

3. Percetakan Laser/Laser Printing

Di FLEXISPRINT, kami juga ada menggunakan teknologi laser untuk menghasilkan keychain, mockup cek hantaran, rubber stamp dan trophy. Laser printer yang kami gunakan ini bukan seperti mesin fotostat biasa, tetapi cetakan yang berkuasa tinggi. Hal ini dikatakan demikian kerana, jenis cetakan ini dikenali sebagai laser engraving atau laser cutting. Definisi laser engraving dan laser cutting adalah seperti di bawah:

Laser cutting utilizes a high-powered laser to cut the material into various shapes whereas a laser engraver can engrave a piece with a design.”

4. Inkjet Printing

Bagi produk cetakan yang besar seperti backdrop, banner, dan bunting, kami akan menggunakan mesin cetak yang besar. Jenis cetakan yang kami gunakan ialah inkjet printing di mana mesin ini digunakan untuk membuat tempahan ini. Inkjet printing ini dikenali sebagai large format printing. Inkjet printing ini mempunyai fungsi yang sama seperti digital printing. Hal ini kerana ia juga mencetak daripada imej berasaskan digital terus kepada bahan yang akan dicetak.

Namun, ia sedikit berbeza kerana kedah ini menggunakan ink yang terdapat pada tabung mesin dan dipancut (jet) kepada bahan yang mahu dicetak. Definisi bagi inkjet printer ialah:

An inkjet printer sprays ink through tiny nozzles, and is typically capable of 300–720 DPI” .

Bagi anda yang tertanya-tanya tentang apakah itu DPI, DPI bermaksud bintik/titik per inci (dots per inch).

5. UV Printing

Untuk pengetahuan pembaca, kami telah berjaya memiliki mesin UV printing yang pertama pada tahun 2019. UV printing menggunakan mesin pencetak digital rata, yang juga dikenali sebagai pencetak flatbed atau pencetak UV bersaiz datar. Cara penggunaannya adalah dengan meletakkan bahan secara mendatar atau baring di atas mesin untuk dicetak hanya pada permukaan atas yang mendatar. Antara produk yang dihasilkan menggunakan jenis percetakan ini ialah acrylic poster, welcome board, corporate gift with printing seperti pen, diari, pendrive dan lain-lain.

Mari Kenali Kedai Printing Shah Alam, FLEXISPRINT

FLEXISPRINT adalah sebuah kedai percetakan yang dimiliki oleh Tuan Jamil Ismail, di mana kedai ini telah dibuka pada tahun 2004 dan kini berpengalaman hampir 18 tahun. Sebelum ini, FLEXISPRINT hanyalah sebuah gerai fotostat dan percetakan yang dinamakan sebagai Papyrus Service.

Perniagaan ini semakin berkembang seiring dengan kemajuan teknologi cetakan, maka terciptalah sebuah kedai percetakan kad perkahwinan yang dikenali sebagai KadLestari pada tahun 2007. Di sinilah bermulanya inspirasi penjenamaan baharu Papyrus Service sebagai FLEXISPRINT.

FLEXISPRINT merupakan kedai printing Shah Alam termurah dan berkualiti tinggi yang mempunyai dua cawangan di Seksyen 13 dan Seksyen 2, Shah Alam.

Banyak kedai percetakan yang menawarkan harga yang murah di Shah Alam, namun di FLEXISPRINT, kami menawarkan harga yang lebih rendah dan mampu bayar berbanding kedai printing yang lain. Tambahan pula, terdapat pelbagai servis cetakan disediakan di FLEXISPRINT ini.

Apa Servis Cetakan yang Ditawarkan di Kedai Printing Shah Alam?

Setiap cetakan yang dilakukan adalah dengan menggunakan teknologi cetakan yang canggih dan terkini. Kami mampu menghasilkan cetakan berkualiti yang dicetak di atas kertas, tarpaulin, acrylic dan item-item corporate gift yang lain seperti pen, mug dan woven bag.

Sekiranya anda berminat untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang servis cetakan yang ditawarkan, boleh tekan pautan ini.

Siapa yang Perlu Dapatkan Servis Cetakan Ini di Kedai Printing Shah Alam?

Objektif utama kami adalah untuk membantu usahawan mempertingkatkan perniagaan dengan menggunakan kaedah cetakan serta menghasilkan packaging yang menarik setanding yang dipaparkan di dalam talian.

Kami juga ada menyediakan servis percetakan yang lain kepada usahawan kecil dan sederhana seperti sticker label, sticker outdoor advertising, business card, flyers, rubber stamp, banner bunting backdrop, corporate gift, box dan packaging, sampul duit raya, dan kad undangan.

Di Mana Kami Berada?

Kami mempunyai dua cawangan di Shah Alam, iaitu di Seksyen 13 dan Seksyen 2. Mari ikuti alamat di dua cawangan kami seperti berikut:

FLEXISPRINT SEKSYEN 13

12, Jalan Balapan 13/32, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia, 40100 Shah Alam

Tel: +603 5523 9119
E-mel: [email protected]

https://g.co/kgs/63RYZm
Web: www.flexisprint.my

Kedai Printing Shah Alam

Anda juga boleh menggunakan aplikasi Waze di sini untuk ke FLEXISPRINT Seksyen 13.

FLEXISPRINT SEKSYEN 2

14, Jalan Bunga Tanjung 2/16, Seksyen 2, 40000 Shah Alam, Selangor

Tel: +603 5510 2290
E-mel: [email protected]

https://goo.gl/maps/n2FaK5fTXU82
Web: www.flexisprint.my

Anda juga boleh menggunakan aplikasi Waze di sini untuk ke FLEXISPRINT Seksyen 2.

Boleh Membuat Pesanan Secara Dalam Talian?

Sekiranya anda berminat untuk membuat tempahan, tetapi jauh daripada lokasi kami, anda boleh membuat pesanan secara dalam talian bersama team sales kami melalui pautan ini.

Testimoni Kedai Printing Shah Alam

Anda masih ragu-ragu untuk membuat tempahan? Jom tengok video testimoni di bawah:

Tempah cepat, dapat cepat! Buat pesanan segera di sini atau boleh hubungi kami di talian 03-5523 9119/03-55102290. Anda juga boleh layari laman Facebook kami bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Kongsi Pandangan & Pendapat Anda
Shopping cart0
There are no products in the cart!
Continue shopping
0