fbpx

Adakah anda sedang mencari hadiah korporat dengan harga yang murah, namun masih belum lagi bertemu dengan pusat percetakan yang terbaik? Usah pening di mana nak mencari pusat percetakan hadiah korporat murah terbaik ini, sebab FLEXISPRINT kan ada?  

“Eh, betul ke FLEXISPRINT ada menawarkan hadiah korporat murah? Nampak kedai mereka macam GAH je…”

Jawapannya adalah betul! Jadi, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk menempah hadiah korporat dengan harga yang murah ini bersama FLEXISPRINT ya.

Siapa yang Sesuai Menempah Hadiah Korporat Ini?

Hadiah korporat ini biasanya ditempah oleh para usahawan untuk diberikan kepada para pekerja, mahupun kepada para tetamu yang hadir ke mana-mana majlis syarikat sebagai tanda penghargaan. Ia secara tidak langsung boleh dijadikan sebagai pengenalan branding kepada penerima yang masih tidak mengetahui tentang syarikat anda.

Jenis-jenis Hadiah Korporat yang Ditawarkan di FLEXISPRINT

FLEXISPRINT juga tidak ketinggalan dalam menyediakan servis ini buat para usahawan semua tau! Di sini, kami turut menawarkan beberapa jenis hadiah korporat murah untuk pilihan para usahawan.

1) Luxury Gift Set

Luxury gift set merupakan salah satu hadiah korporat murah yang paling digemari oleh para usahawan di luar sana. Ia sangat popular untuk majlis-majlis korporat ataupun majlis-majlis rasmi secara besar-besaran.

Hadiah Korporat Murah
Senarai penuh item di dalam luxury gift set ini boleh dilihat melalui gambar yang tertera.

Set ini mengandungi 4 item iaitu desktop calendar, plastic pen, planner notebook hard cover yang diletakkan bersama di dalam satu gift box

Pada set ini juga, usahawan boleh meletakkan logo syarikat pada bahagian hadapan kotak. Ia adalah sangat sesuai untuk majlis-majlis penting yang mungkin dihadiri oleh para VVIP.

2) Kalendar

FLEXISPRINT juga ada membuat cetakan kalendar buat para usahawan semua. Jika anda ingin custom-design kalendar beserta logo syarikat sendiri pun boleh!

Hadiah Korporat Murah

Di FLEXISPRINT, terdapat dua jenis kalendar yang kami tawarkan iaitu desktop calendar dan wall callendar.

Desktop Calendar

  • Soft Stand.
  • Hard Stand.
  • Customize Content Design.

Wall Calendar

  • Wall calendar ini mempunyai saiz kecil, sehingga paling besar iaitu saiz S / M / L dan XL.
  • Ready Content dan custom header.

Pada Min, kalendar dengan harga murah dan kualiti terbaik ini bukan sahaja sesuai dijadikan sebagai hadiah korporat, malahan sangat sesuai untuk dijadikan sebagai buah tangan para pelanggan anda semua.

Alang-alang dah nak masuk tahun baru ni, Min amat menyarankan para usahawan semua untuk mulai menempah kalendar di FLEXISPRINT secepatnya ya…

3) Planner

FLEXISPRINT juga ada menyediakan pelbagai jenis planner iaitu planner hard cover, planner soft cover dan planner diary. Haaa, macam-macam jenis planner pun kami ada tau!

Para usahawan bolehlah memilih jenis-jenis planner yang ditawarkan oleh FLEXISPRINT ini mengikut keperluan. Nak dijadikan hadiah korporat boleh, nak berikan kepada staff pun boleh. Nanti bolehlah staff-staff anda keep track kerja-kerja mereka dengan lebih baik. Tak gitu?

Planner Hard Cover (Wire-O)

Hadiah Korporat Murah
  • Saiz 210mm x 148mm.
  • Material cover ialah 150gsm gloss art paper with 1000gsr.
  • Material content (ready design) ialah 80 gsm simili paper.

Planner Soft Cover (Wire-O)

  • Saiz 210mm x 148mm.
  • Material cover 310 gsm gloss art card.
  • Material content (ready design) ialah 80 gsm simili paper.

Planner Diary

Hadiah Korporat Murah

Di bawah planner diary ini terdapat pelbagai jenis produk yang telah FLEXISPRINT tawarkan. Jika anda ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut, boleh klik di sini.

4) Pen, pendrive & lanyard

Selain daripada hadiah korporat di atas, FLEXISPRINT juga ada menawarkan percetakan pada pen, pendrive dan lanyard untuk anda semua. Jadi, buat para usahawan yang ingin mencetak logo syarikat pada pen, pendrive ataupun lanyard, kami sangat mengalu-alukan kehadiran anda!

Mesti cantik kalau barangan tersebut dicetak bersama logo syarikat sendiri kan? Kena pula nak dijadikan sebagai hadiah korporat atau free gift, memang sesuai sangat. Kalau para usahawan ingin mendapatkan idea lain untuk dijadikan sebagai hadiah korporat, boleh lihat di sini.

Berapa Jumlah Minimum Order yang FLEXISPRINT Terima?

FLEXISPRINT telah menetapkan untuk setiap minimum order serendah 10 unit sahaja, dan tiada jumlah maksimum order telah ditetapkan. Menarik kan?

“Kenapa minimum order rendah sangat Min? Tak rugi ke?”

Minimum order yang ditetapkan ini adalah untuk membantu para-para usahawan yang baru berniaga dan masih tidak mempunyai bilangan pelanggan tetap yang banyak. Kami juga faham kehendak anda sebagai usahawan dan juga pelanggan kami. Oleh hal yang demikianlah, minimum 10 order tersebut telah ditetapkan.

FLEXISPRINT sememangnya memberikan tawaran yang terbaik dalam penyediaan hadiah korporat murah buat tempahan usahawan-usahawan semua.

Jadi, buat para usahawan yang berminat untuk mendapatkan servis hadiah korporat murah bersama FLEXISPRINT, pastikan anda melayari website kami di sini.

Jom Walk-in ke FLEXISPRINT

FLEXISPRINT mempunyai dua cawangan di Shah Alam, iaitu di Seksyen 13 dan Seksyen 2. Mari ikuti alamat di dua cawangan kami seperti berikut:

FLEXISPRINT SEKSYEN 13

12, Jalan Balapan 13/32, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia, 40100 Shah Alam

Tel: +603-7802 9099
E-mel: [email protected]

https://g.co/kgs/63RYZm
Web: flexisprint.my

Anda boleh menggunakan aplikasi Waze untuk ke FLEXISPRINT Seksyen 13:
https://waze.com/ul/hw281wf0e5

FLEXISPRINT SEKSYEN 2

14, Jalan Bunga Tanjung 2/16, Seksyen 2, 40000 Shah Alam, Selangor

Tel : +603-7802 9099
E-mel: [email protected]

https://goo.gl/maps/n2FaK5fTXU82
Web: flexisprint.my

Anda boleh menggunakan aplikasi Waze untuk ke FLEXISPRINT Seksyen 2:
https://waze.com/ul/hw281mzh31

Kongsi Pandangan & Pendapat Anda
Shopping cart0
There are no products in the cart!
Continue shopping
0