fbpx

Bagi usahawan yang tinggal di Shah Alam dan kawasan sekitarnya, adakah anda tahu tempat untuk print kotak murah di Shah Alam?

Tidak dinafikan bahawa usahawan perlu mengeluarkan kos yang banyak untuk pembungkusan semata-mata. Namun, jika tiada pembungkusan yang bagus, produk mudah mengalami kerosakan. Secara umumnya, pembungkusan adalah satu keperluan dalam pemasaran produk agar keselamatan dan kualiti produk terjamin.

Tiada produk yang tiada packaging. Tidak kira produk makanan, ubatan, kosmetik, mahupun pakaian, pasti adanya packaging. Selain daripada pembungkusan plastik dan botol, kotak adalah pembungkusan yang terbaik dan sesuai bagi produk ubat-ubatan dan kosmetik.

Walau bagaimanapun, kos pembungkusan yang tidak menepati bajet usahawan, terutamanya usahawan kecil dan sederhana telah menyebabkan mereka tidak memilih kotak sebagai packaging. Mari ikuti perkongsian ini untuk tahu tempat print kotak murah Shah Alam.

Kotak Berkualiti Menjamin Kejayaan Produk | Print Kotak Murah Shah Alam

Produk yang berkualiti sudah pastinya dicari oleh pelanggan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Namun, tahukah anda bahawa keberkesanan sesuatu jualan produk itu bukanlah bergantung sepenuhnya kepada kandungan produk, tetapi ia juga bergantung kepada cara produk itu dipersembahkan kepada pelanggan.

Oleh hal yang demikian, pembungkusan yang menarik setanding dengan produk yang berkualiti, sudah pasti akan mendapat perhatian pelanggan. Berikut merupakan sebab produk perlu mempunyai pembungkusan yang menarik:

1. Tarikan kepada Pelanggan | Print Kotak Murah Shah Alam

Reka bentuk, corak, dan warna amat berperanan dalam memberi impak yang positif kepada produk. Hal ini dikatakan demikian kerana, reka bentuk dan warna yang dipilih akan menyerlahkan kualiti produk tersebut.

Tambahan pula, perkara pertama yang pelanggan akan lihat adalah pembungkusan produk tersebut. Bak kata orang, “first impression” itu penting! Hal ini kerana, pembungkusan yang menarik dan dilengkapi dengan maklumat tentang produk berkenaan sudah pastinya akan menimbulkan minat pelanggan.

Pembungkusan yang baik pasti menjamin keselamatan produk daripada sebarang kerosakan. Namun, usahawan perlulah seimbangkan dengan reka bentuk pembungkusan agar design pada pembungkusan menarik dan dalam masa yang sama tetap selamat.

Print Kotak Murah Shah Alam

2. Berkeyakinan Memasarkan Produk | Print Kotak Murah Shah Alam

Menjadi usahawan pada masa kini bukanlah suatu yang mudah kerana perlu bersaing dengan usahawan yang lain. Justeru, usahawan perlulah kreatif dan bersemangat dalam memasarkan produk.

Sehubungan dengan itu, dengan memiliki pembungkusan yang sesuai dengan produk seperti kotak dengan reka bentuk yang menarik, anda tidak akan rasa kekok untuk memperkenalkan produk anda sehingga ke pasaran domestik mahupun antarabangsa.

Hal ini dikatakan demikian kerana, produk yang anda tawarkan bukan sahaja bermutu dari segi produk, tetapi juga menepati kriteria pemasaran kerana adanya ciri-ciri pembungkusan yang baik.

3. Hasilkan Gambar yang Cantik dengan Pembungkusan yang Menarik

“Indah khabar daripada rupa”, inilah ungkapan yang sering kali diucapkan oleh pengguna sekiranya membeli produk yang tidak memenuhi kepuasan dan produk yang diterima tidak serupa seperti yang diiklankan. Pasti usahawan khuatir jika ungkapan ini ditujukan kepada produk sendiri.

Oleh hal yang demikian, sebelum memperkenalkan produk di media sosial dengan lebih luas, usahawan perlulah memastikan pembungkusan produk yang direka menarik, agar gambar yang diambil turut menghasilkan gambar yang eksklusif.

Gambar yang menarik memainkan peranan dalam memasarkan produk, sekali gus menarik minat pengguna untuk mencuba produk yang anda jual. Tambahan pula, jika anda lihat jenama yang telah terkenal, mereka memastikan produk yang dijual mempunyai kotak yang menarik agar jualan mendapat sambutan.

Jenis Kotak di FLEXISPRINT

Print kotak murah Shah Alam di FLEXISPRINT ada menawarkan pelbagai jenis kotak untuk pembungkusan produk, antaranya ialah alaska box, clinton box, florida box, medan box, pillow box, venice box, pull out box, portable with handles box, standard box, lid & bottom hard box, sleeve box, dan hinged lid box seperti gambar di bawah:

Print Kotak Murah Shah Alam
Print Kotak Murah Shah Alam

Namun, yang sering mendapat permintaan tinggi dalam pemilihan kotak pembungkusan ialah standard box, diikuti dengan lid & bottom hard box, dan sleeve box.

Bagi kategori produk kosmetik dan ubat-ubatan, standard box adalah yang paling sesuai. Hal ini dikatakan demikian kerana, standard box mempunyai reka bentuk yang memudahkan pelanggan untuk buka.

Pembungkusan jenis lid & bottom hard box ini sesuai untuk produk istimewa keluaran kosmetik mengikut season seperti kempen Hari Kekasih. Sekiranya anda berminat untuk menempah kotak ataupun ingin mengajukan sebarang pertanyaan, boleh tekan pautan ini.

Tempah Segera di FLEXISPRINT

FLEXISPRINT yang dahulunya dikenali sebagai Papyrus Service telah berkembang maju seiring dengan kecanggihan daripada teknologi cetakan yang digunakan.

FLEXISPRINT berjaya menubuhkan KadLestari yang bukan sahaja terkenal dalam kalangan orang awam. Malahan, ia terkenal juga dalam kalangan selebriti seperti Elfira Loy yang mendapatkan servis KadLestari ini daripada FLEXISPRINT untuk menghasilkan kad undangan perkahwinannya.

Kejayaan yang dicapai ini mendorong FLEXISPRINT untuk menawarkan lebih banyak servis cetakan yang terbaik dan bermutu tinggi untuk membantu para usahawan dalam memajukan perniagaan.

Print Kotak Murah Shah Alam di FLEXISPRINT

Kami mempunyai dua cawangan di Shah Alam, iaitu di Seksyen 13 dan Seksyen 2. Mari ikuti alamat di dua cawangan kami seperti berikut:

FLEXISPRINT SEKSYEN 13

12, Jalan Balapan 13/32, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia, 40100 Shah Alam

Tel : +603 5523 9119
e-mel: [email protected]

https://g.co/kgs/63RYZm
Web : www.flexisprint.my

Anda boleh menggunakan aplikasi Waze untuk ke FLEXISPRINT Seksyen 13:
https://waze.com/ul/hw281wf0e5

FLEXISPRINT SEKSYEN 2

14, Jalan Bunga Tanjung 2/16, Seksyen 2, 40000 Shah Alam, Selangor

Tel : +603 5510 2290
e-mel: [email protected]

https://goo.gl/maps/n2FaK5fTXU82
Web : www.flexisprint.my

Anda boleh menggunakan aplikasi Waze untuk ke FLEXISPRINT Seksyen 2:
https://waze.com/ul/hw281mzh31

Testimoni Pelanggan Kami | Print Kotak Murah Shah Alam

Anda masih sukar untuk buat keputusan untuk menghasilkan kotak produk sendiri? Jom tonton video testimoni daripada kami di bawah:

Tempah cepat, dapat cepat! Buat pesanan segera di sini atau boleh hubungi kami di talian 03-5523 9119/03-55102290. Anda juga boleh layari laman TikTok kami bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Apa tunggu lagi? Marilah print kotak murah Shah Alam di FLEXISPRINT!

Kongsi Pandangan & Pendapat Anda
Shopping cart0
There are no products in the cart!
Continue shopping
0