fbpx
  1. Home
  2. Tips Untuk Usahawan
  3. Artikel Tips Usahawan
  4. 5 Tips Memilih Kedai Printing Shah Alam Yang Terjamin Puas Hati

5 Tips Memilih Kedai Printing Shah Alam Yang Terjamin Puas Hati

Mencari kedai printing yang dapat memenuhi semua kehendak kita adalah sukar. Namun, ia jadi senang bila kita tahu 5 tips memilih kedai printing Shah Alam ini.

Nak jumpa kedai printing Shah Alam yang dapat memenuhi semua kehendak kita adalah sukar. Kalau ada pun, tak semua kedai printing menyediakan servis percetakan yang lengkap.

Dalam dunia perniagaan sekarang, first impression pelanggan kepada perniagaan kita amatlah penting.

Untuk itu, alat bantuan perniagaan seperti brouchre, pamphlet booklet, banting & banner yang amat menarik diperlukan untuk menarik perhatian mereka terhadap perniagaan kita.

Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, anda memerlukan pakar dalam bidang printing supaya hasilnya memberangsangkan. Justeru, tips berikut dapat membantu anda memilih kedai printing yang terbaik untuk keperluan percetakan anda.

1. Pastikan kedai printing yang kita pilih merupakan kedai yang betul-betul buat printing secara serius

Setiap kedai membawa imej mereka yang tersendiri.

Jadi, untuk pastikan kita mendapatkan hasil yang berkualiti, buat tinjauan ringkas melalui website yang ada. Ianya dapat memberikan gambaran ringkas tentang apa yang kedai printing itu buat. Pastikan alamat kedai dan maklumat tentang kedai itu lengkap supaya anda yakin untuk berurusan dengannya.

2. Semak testimoni daripada pengguna

Kita mungkin sudah mempunyai pilihan kedai printing yang berkenan dihati, namun sabar dahulu.

Jangan terus pergi ke sana tanpa menyemak dulu testimoni atau feedback daripada pelanggan lama.

Ini merupakan tulang belakang kepada mana-mana syarikat dan merupakan ciri paling utama dalam melakukan penilaian terhadap kedai printing tersebut.

Lakukan penyiasatan melalui media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan lain lain.

Perkara ini sangat penting kerana syarikat yang bagus akan menitikberatkan semua testimonial daripada pelanggan mereka.

Ini juga menunjukkan mereka komited untuk menambahbaik perkhidmatan sedia ada kepada yang lebih efektif.

Pastinya kedai printing sebegini adalah pilihan anda.

3. Kerap Posting Di Media Sosial

Boleh dikatakan hampir semua kedai printing mempunyai akaun media sosial mereka yang tersendiri.

Kekerapan syarikat printing memuat naik apa-apa stutus di laman sosial mereka menunjukkan bisnes mereka masih aktif.

Ia juga membuktikan mereka melakukan kerja-kerja yang berterusan dan bukan bermusim.

Laman media sosial yang tidak dikemaskini akan menyebabkan tanggapan terhadap bisnes printing itu kurang tarikan kepada pelanggan.

4. Cara Melayani Pelanggan (customer service)

Jatuh bangun sesebuah kedai bergantung kepada cara mereka menghargai pelanggan mereka.

Customer service atau perkhidmatan pelanggan adalah salah kayu ukur untuk menilai prestasi sesebuah syarikat.

Ini kerana di dalam perniagaan, menyelesaikan masalah pelanggan adalah lebih penting daripada menyusahkan pelanggan.

Ia adalah proses berterusan, bukan sahaja sebelum pembelian, tetapi juga selepas melakukan pembelian.

Kedai printing Shah Alam yang masih melakukan penambahbaikan dan ‘follow-up’ terhadap servis mereka akan bertahan lama dalam perniagaan.

Ini membantu pelanggan untuk menilai, seterusnya meletakkan kepercayaan terhadap sesuatu kedai itu.

5. Bandingkan Harga & Kualiti

Pelanggan akan memilih kedai printing yang sesuai dengan bajet yang sudah mereka tetapkan.

Jadi, sebelum meletakkan sesuatu tempahan, pastikan harga yang ditawarkan berbaloi dengan kualiti dan hasil yang anda bakal dapat.

Ini kerana apabila sesuatu tempahan sudah dibuat, adalah sukar untuk membatalkan urusan tersebut.

Seperti yang semua tahu bahawa setiap item printing mempunyai pelbagai jenis, material, ketebalan, saiz, warna.

Pastikan harga yang dibayar, setanding dengan hasil yang dapat.

Untuk mendapatkan harga printing yang berpatutan, syarikat Flexisprint adalah pilihan terbaik anda.

Semoga artikel ini dapat membantu menyelesaikan masalah anda.
Terima kasih kerana sudah meluangkan masa untuk membaca artikel ini.

Jadi, dimana hendak saya bertanyakan soalan lebih lanjut? Atau berhubung dengan FLEXISPRINT?

Anda boleh klik buton di bawah untuk berhubung dengan Team Sales FLEXISPRINT ⇓

Tempahan boleh di pos dan warga sekitar Shah Alam juga boleh self pickup di Flexisprint Seksyen 2 dan Seksyen 13 Shah Alam. Anda boleh semak harga di button ini.

Waktu operasi (PKPB) masih sama seperti hari biasa iaitu 9.30 pagi hingga 6.30 petang jika mahu walk-in. Kami juga komited dalam usaha sama-sama mengekang wabak pandemik Covid-19, jadi kedai Online kami juga beroperasi 24 jam di Flexisprint.my.

Kalau nak walk-in, alamatnya disini:
  • No 14, Jalan Bunga Tanjung 2/16, Seksyen 2, Shah Alam, Selangor
  • No 12, Jalan Balapan 13/32, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor

Singgah, layari dan Follow kami di akaun-akaun ini! Promosi-promosi sticker kami tidak kurang hebat sambutannya disini:

🌸Facebook @Flexisprint

🌸Instagram @flexisprint

Kongsi Pandangan & Pendapat Anda

Recent Posts

Blog Category

Shopping cart0
There are no products in the cart!
Continue shopping
0