Anda berminat untuk menceburi bisnes percetakan? Di bawah, disenaraikan 5 jenis perniagaan percetakan yang boleh anda lakukan.
Asas paling utama untuk menjadi USAHAWAN PERCETAKAN adalah mengenalpasti jenis perkhidmatan cetakan yang kita pilih.
Ini penting bagi kita memilih sebaik mungkin industri printing yang mana satu kita perlu fokus mengikut kesukaan kita.
Nak pilih semua pun boleh, tapi…. larat ke nak master semua produk pada peringkat permulaan.
Adakala, kita start bersendirian. Jadi kita fokus dahulu satu persatu.
Di sini saya kongsikan dahulu 5 jenis PERNIAGAAN PERCETAKAN yang anda boleh ceburi dengan mudah.
1. PERNIAGAAN CETAKAN DIGITAL FAST PRINT & OFFSET
Diantara produk yang boleh dihasilkan dari cetakan ini seperti.
* Namecard
* Flyers / Brochure
* Buku / Majalah / Katalog / Buletin
* Bisnes Dokumen (Letterhead, envelop, bill book, memo sheet, payment slip)
* Sticker produk
* Tag
* Dan lain-lain produk yang berasaskan kertas.
2. PERNIAGAAN CETAKAN INKJET & ADVERTISING (pengiklanan).
Diantara produk yang boleh dihasilkan dari industri cetakan ini adalah :
* Banner / bunting
* Backdrop
* Signage / Signboard
* Outdoor Sticker / Wall Sticker / Car Sticker
* Mobile sticker
* Accesories (Bunting Stand, pop-up stand, photobooth, dan lain-lain)
3. PERNIAGAAN CETAKAN T-SHIRT
Dalam industri cetakan t-shirt ini pula, kita boleh menawarkan T-shirt biasa (round neck, polo t-shirt, dry fit, baju korporat / uniform, serta lain-lain produk yang berasaskan kain.
Manakala jenis cetakan yang dijalankan dalam industri ini seperti :
* Screen printing
* Heatpress
* Embroidery
* Direct to Garment (DTG)
* Sublimantion
4. PERNIAGAAN KAD PERKAHWINAN
Kad kawen pula merupakan pecahan dari cetakan offset dan digital. Ia boleh dijadikan satu jenama dibawah syarikat kita khusus untuk bakal pengantin.
Contoh jenama kad perkahwinan yang ada dipasaran adalah kadlestari, kadlawo, kadkahwinku, kad chenta dan lain-lain.
Ada diantara syarikat ini menawarkan pakej agen, pakej licencing, pakej artwork dan sebagainya.
Diantara jenis kad kawen yang ada dipasaran seperti :
* Kad berwarna
* Kad hot stamping (Cetakan berkilat)
* Kad kulit keras (Eksklusif)
* Kad Cetakan Laser
* Dan lain-lain yang berkaitan dengan aktiviti mengundang.
5. PERNIAGAAN CORPORATE GIFT
Corporate gift juga mempunyai permintaan tinggi dipasaran.
Setiap syarikat pastinya akan membuat corporate gift untuk diberikan kepada pelanggan atau peserta program mereka.
Diantara produk yang ada dalam industri ini seperti :
* Mug / bootle
* Pen
* Notepad
* Bag
* Landyard
* Payung
* Dan lain-lain asalkan ianya boleh dicetak nama syarikat / nama program pada barang itu.
Jenis cetakan yang dibuat pada produk-produk seperti :-
* Screen printing
* Heatpress
* Embroidery
* Direct to Garment (DTG)
* Sublimantion
BJ dahulu pun memulakan dengan menjadi agen Cetakan Fast print.
Kepada anda yang berminat untuk mempunyai perniagaan percetakan secara Fast Track, bolehlah REGISTER laman web ini. BJ akan buka tawaran untuk mereka yang berminat untuk menjadi Flexisprint Partner.
Terima kasih pada anda yang sudi komen dan SHARE artikel ini. Semoga bermanfaat.